Parrot Pesquet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parrot Pesquet
Sepasang Parrot Pesquet di ZooMetro Miami, Amerika Syarikat
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Khordata
Kelas: Burung
Order: Psittaciformes
Famili: Psittacidae
Subfamili: Psittacinae
Tribus: Psittrichadini
Genus: Psittrichas
Lesson, 1831
Spesies: P. fulgidus
Nama binomial
Psittrichas fulgidus
(Lesson, 1830)

Parrot Pesquet (Psittrichas fulgidus) juga dikenali sebagai Parrot Hering adalah satu-satunya anggota dari puak Psittrichadini. Ia berasal dari kawasan hutan hujan dan berbukit di New Guinea.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Profil pada burung betina yang memiliki ciri-ciri burung hering - foto diambil di Zoo Cincinnati

Parrot Pesquet merupakan sejenis parrot bersaiz besar dengan panjang keseluruhan kira-kira 46 cm (18 in) dan berat 680–800 g (24–28 oz). Bulunya berwarna hitam, dengan warna hitam-kekelabuan pada bahagian dada, bahagian atas ekor merah dan sayap manakala warna merah pada perut. Burung jantan dewasa memiliki titik merah pada bahagian belakang mata, yang mana tidak didapati pada burung betina.[1] Dibandingkan dengan kebanyakan parrot lain, burung ini memiliki saiz kepala yang kecil, sebahagian disebabkan oleh kulit mukanya yang licin tidak berbulu dan paruh bercangkuk yang panjang. Penampilannya seolah-olah seperti burung hering yang mana membawa kepada nama timangannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Forshaw, Joseph M. (2006). Parrots of the World; an Identification Guide. Illustrated by Frank Knight. Princeton University Press. plate 23. ISBN 0691092516. 
  • BirdLife International (2004). Psittrichas fulgidus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 11 May 2006. Database entry includes a range map, a brief justification of why this species is vulnerable, and the criteria used.
  • Collar, N.J. (1997). Pesquet's Parrot (Psittrichas fulgidus). Pp. 362 in: del Hoyo, J., Elliott, A. & Sargatal, J. eds (1997). Handbook of the Birds of the World. Vol. 4. Sandgrouse to Cuckoos. Lynx Edicions, Barcelona. ISBN 84-87334-22-9.
  • Juniper, T. & Parr, M. (1998). A Guide to the Parrots of the World. Pica Press, East Sussex. ISBN 1-873403-40-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]