Pasukan Keselamatan Pengangkutan Awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang pegawai polis TransCom yang sedang mengamati para penumpang di stesen MRT City Hall selepas sambutan tahun baru 2010.

Pasukan Keselamatan Pengangkutan Awam (Inggeris: Public Transport Security Command, Cina: 公共交通保安指揮處) atau singkatannya TransCom ialah satu unit polis khas khas bagi Pasukan Polis Singapura (SPF). Ia pertama kali ditubuhkan sebagai satu unit Pasukan Operasi Khas dibawah nama Unit Polis MRT pada 2005, sebagai tindak balas kepada keperluan untuk keprihatinan keselamatan yang lebih besar dalam operasi pengangkutan awam di Singapura akibat isu keselamatan sejagat. Sejak 15 Ogos 2009, unit TransCom telah dinaik taraf kepada unit bebas dan menggunakan namanya yang seperti sekarang.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Para pegawai Pasukan Keselamatan Pengangkutan Awam beroperasi secara berpasangan atau dalam kumpulan yang lebih besar di dalam kereta api atau di sekitar stesen bagi rangkaian Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT). Rondaan dilakukan mungkin juga terdiri daripada pemeriksaan atau pencarian secara rawak terhadap seseorang atau benda yang mencurigakan.

Pada asalnya, TransCom hanya ditempatkan di kawasan MRT dan kini mereka juga melakukan operasi di pusat pertukaran bas dan terminal, di mana sebelum ini ia dilakukan oleh pegawai Pusat Polis Kejiranan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]