Pattaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pattaya (Thai: พัทยา) adalah sebuah bandar di Thailand yang terletak di pantai timur Teluk Siam. Bandar ini lebih kurang 165 km tenggara Bangkok, dan terletak dalam tetapi bukan sebahagian dari Amphoe Bang Lamung dalam wilayah Chonburi.

Bandar Pattaya kawasan perbandaran yang ditadbir sendiri merangkumi keseluruhan tambon Nong Prue dan Na Klue dan sebahagian dari Huai Yai dan Nong Pla Lai. Ia terletak dalam zon industri bersama-sama dengan Si Racha, Laem Chabang dan Chon Buri.

Pattaya juga adalah pusat bagi kawasan metropolitan Pattaya-Chonburi, bandar gabungan dalam Wilayah Chonburi.