Patung seks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebuah patung seks berteknologi canggih

Patung seks (dalam bahasa Inggeris dipanggil sex doll, love doll atau blow up doll) ialah sejenis barang mainan seks bersaiz dan berbentuk teman sex yang bertujuan sebagai alat bantu pelancapan. Sebuah patung seks mungkin lengkap dengan seluruh anggota badan termasuk mukanya, atau cuma bahagian pinggul, yang disertai aksesori untuk rangsangan seks seperti faraj, dubur, mulut, dan zakar. Bahagian-bahagian tadi kadang-kala mempunyai penggetar dan boleh dibuka atau ditukar ganti.

Bahan serta teknologi baru[sunting | sunting sumber]

Patung-patung CybOrgasMatrix menggunakan sejenis bahan inovatif–sejenis gel yang cukup anjal dengan ingatan bentuk yang kuat. Telah dibuktikan bahawa bahan ini, melalui ujian sebelah-menyebelah, adalah lebih baik berbanding silikon dari segi keanjalan, ingatan bentuk, dan ketahanan. Pilihan tambahan yang tersenarai dalam laman web syarikat terbabit pada suatu masa menyertakan motor penujah pelvis dan kebolehan audio (menggunakan fon kepala wayarles). Sama juga halnya dengan syarikat First Androids yang pernah menawarkan pelbagai pilihan untuk meningkatkan realisme patung-patungnya, termasuklah bukaan berhaba. Beberapa pengeluar patung canggih kini menawarkan pilihan ini pada patung silikon mereka, dengan penambahan sistem penghabaan dalaman.

Dalam Jun 2006, Henrik Christensen dari Rangkaian Kajian Robot Eropah (European Robotics Research Network) berkata kepada akhbar UK, Sunday Times bahawa "orang akan melakukan hubungan seks dengan robot dalam masa lima tahun."[1]

Bentuk novelti[sunting | sunting sumber]

Di Jepun boleh didapati bantal cinta boleh kembung atau "dakimakura" yang padanya dicetak gambar saiz sebenar seorang bintang pornografi atau watak anime.

Sesetengah patung seks boleh kembung dibuat dalam bentuk binatang, di mana bentuk kambing biri-biri dan kerbau paling kerap ditemui. Patung-patung ini lebih kepada gurauan, dan selalunya tiada sesuai untuk kegunaan seksual.

Patung seks novelti lain yang kurang popular termasuk lebih berat, pondan, orang tua dan makhluk asing, yang boleh digunakan untuk tujuan seksual tapi turut menjadi hadiah gurauan.

Terdapat juga patung-patung boleh kembung berbentuk kanak-kanak. Namun, memilikinya mungkin akan membawa kepada pendakwaan kerana meiliki bahan pornografi kanak-kanak.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Habershon, Ed; Woods, Richard (2006-06-18). "No sex please, robot, just clean the floor — Times Online". The Times (London). Diperolehi pada 2010-05-23. 
  2. "Blow-Up Dolls Jail Bait?". 21 September 2006. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]