Dubur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dubur
Anorectum.gif
Diagram rektum dan dubur.

Dubur atau jubur, adalah bukaan pada penghujung saluran pencernaan haiwan yang bermula dari mulut. Ia berfungsi bagi mengawal penyingkiran najis, bahan separa-pepejal yang tidak dikehendaki yang terhasil semasa penghadaman, yang, bergantung kepada jenis haiwan, mungkin merupakan salah satu bahan yang tidak boleh dihadam oleh haiwan tersebut, seperti tulang;[1] bahan makanan sisa selepas kesemua zat telah diambil, sebagai contoh selulos atau lignin; bahan yang ditelan yang bertukar toksid sekiranya kekal dalam saluran penceranaan; dan bakteria perut yang mati atau lebihan dan endosimbiont yang lain.

Afimbia, reptilia, dan burung turut menggunakan bukaan yang sama bagi menyingkir cecair dan bahan pepejal, dan bagi mengawan dan bertelor; bukaan ini dikenali sebagai "cloaca". Haiwan Monotreme turut memiliki cloaca, yang dipercayai satu ciri dari amniote terawal melalui therapsid. Marsupial memiliki dua bukaan luaran: satu bagi menyingkirkan pepejal dan cecair; yang satu lagi bagi pembiakan, yang kelihatan sebagai faraj bagi betina dan zakar bagi jantan. Mamalia berplacental betina mungkin memiliki bukaan berasingan bagi membuang air, kencing, dan pembiakan, dan pembiakan; jantan memiliki satu bukaan bagi membuang air besar dan satu lagi bagi kencing dan pembiakan, sungguhpun saluran kepada bukaan tersebut hampir sentiasa terpisah sama sekali.

Perkembangan dubur merupakan tahap penting dalam evolusi haiwan multiselular. Malah ia kelihatannya berlaku sekurang-kurangnya dua kali, menurut laluan berlainan bagi protostome dan deuterostome. Ini diikuti atau dibantu oleh perkembangan evolusi penting lain: bentuk badan bilaterian; koelom, rongga dalaman yang memberi ruang bagi sistem kitaran dalaman dan, bagi sesetengah haiwan, membentuk rangka hidrostatik yang membolehkan haiwan seperti cacing untuk mengorek; metamerism, di mana badan dibina dari modular berulang yang kemudian mengkhusus, sebagai contoh kepala kebanyakan arthropod terdiri daripada segmen khusus, berpadu.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: protostome dan deuterostome

Bagi haiwan sekomplek cacing tanah, embrio membentuk lekukan pada satu sisi, blastopore, yang' semakin dalam dan membentuk archenteron, fasa pertama bagi pertumbuhan salur perut. Bagi deuterostome, lekukan asal membentuk dubur sementara usus akhirnya tembus bagi membentuk bukaan lain,yang membentuk mulut. Protostome dinamakan sedemikian kerana ia pernah dipercayai bahawa pada embrionya lekukan membentuk mulut sementara dubur terbentuk kemudian, pada bukaan yang terhasil pada hujung lain usus. Penyelidikan terkini bagaimanapun menunjukkan bahawa bagi protostomes hujung lekukan tertutu pada tengahnya, meninggalkan bukaan pada setiap hujung yang membentuk mulut dan dubur.[2]

Fisiologi[sunting | sunting sumber]

Aliran bahan melalui dubur biasanya dikawal oleh otot sphincter dubur.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Chin, K., Erickson, G.M. et al (1998-06-18). "A king-sized theropod coprolite". Nature 393: 680. doi:10.1038/31461.  Summary at Monastersky, R. (1998-06-20). "Getting the scoop from the poop of T. rex". Science News (Society for Science &#38) 153 (25): 391. doi:10.2307/4010364. 
  2. Arendt, D., Technau, U., and Wittbrodt, J. (4 January 2001). "Evolution of the bilaterian larval foregut". Nature 409 (6816): 81–85. doi:10.1038/35051075. PMID 11343117. Diperoleh pada 2008-07-14.