Kepekakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pekak)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kepekakan, ketulian, kecacatan pendengaran, tunakerna
Pengelasan dan sumber luaran

Simbol Antarabangsa bagi Pekak
ICD-10 H90.-H91.
ICD-9 389
P. Data Penyakit 19942
MeSH D034381
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Kepekakan atau ketulian merupakan keadaan di mana keupayaan mengesan frekuensi bunyi tertentu cacat sebahagian atau sepenuhnya. Apabila digunakan pada manusia, istilah cacat pendengaran ditolak oleh pergerakan Budaya Pekak, manakala istilah pekak dan sukar pendengaran lebih diterima.

Definisi[sunting | sunting sumber]

Kepekaan pendengaran ditunjukkan oleh bunyi paling senyap boleh dikesan haiwan, dikenali sebagai tahap pendengaran. Dalam kes manusia dan sesetengah haiwan, tahap pendengaran ini boleh diukur dengan tepat menggunakan audiogram tingkah-laku. Rekod dihasilkan bagi bunyi tersenyap yang sentiasa menghasilkan tindak-balas daripada pendengar. Ujian ini dilakukan bagi bunyi pada frekuensi berbeza. Terdapat juga ujian elektro-physiological yang boleh dilakukan tanpa memerlukan tindak balas kelakuan.

Tahap pendengaran normal bagi sebarang spesies tertentu adalah tidak sama bagi semua frekuensi. Sekiranya bunyi frekuensi berbeza dimainkan pada amplitude yang sama, sesetengah akan dilihat sebagai kuat, dan yang lain senyap atau malah tidak didengari sepenuhnya. Secara umum, jika gain or amplitude ditingkatkan, sesuatu bunyi lebih berkemungkinan disedari. Biasanya, apabila haiwan menggunakan bunyi untuk berkomunikasi, pendengaran bagi haiwan jenis itu adalah lebih sensitif bagi frekuensi yang dihasilkan bagi panggilan tersebut, atau dalam kes manusia, bunyi pertuturan. Kesemua aras sistem bunyi menyumbang kepada kesensitifan kearah frekuensi tertentu, dari ciri-ciri fizikal telinga luar kepada saraf dan laluan yang menghantar denyutan saraf kepada bahagian bunyi pada otak.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]