Pemain tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Posisi pemain tengah berbanding kedudukan lain dalam bola sepak.

Dalam bola sepak, seorang pemain tengah ialah seorang pemain yang posisinya terletak di tengah padang di antara penyerang dan pertahanan (diwarnakan biru dalam rajah). Fungsi utama mereka ialah untuk merampas (merebut) bola dari pihak lawan, mengawal bola, dan menghantarnya kepada penyerang, dan mungkin turut menjaringkan gol. Sesetengah pemain tengah turut bermain secara lebih bertahan, manakala yang lain mengaburkan sempadan di antara pemain tengah dan penyerang. Jumlah pemain tengah yang digunakan oleh pasukan mungkin berbeza, bergantung pada formasi bola sepak dan peranan setiap pemain. Kumpulan pemain tengah dalam sebuah pasukan dikenali sebagai the midfield.[1]

Pemain tengah yang lebih sempurna memerlukan sebilangan kemahiran di tahap kecergasan yang tinggi: mereka merebut, menggelecek, menendang dan menghantar bola di dalam apa-apa perlawanan. Kebanyakan pengurus akan meletakkan sekurang-kurangnya seoranng pemain tengah di tengah padang dengan satu tugasan memecahkan serangan pemain lawan manakala pemain lain akan lebih mahir mencipta gol atau mempunyai tanggungjawab yang serupa bagi serangan atau pertahanan, atau seorang pemain sayap,atau lebih kepada seorang pemain penyerang yang tugas utamanya adalah menyerang.

Pada dasarnya,seorang pemain tengah yang bagus mesti mempunyai kebolehan suka bertarung dan juga mempunyai kreativiti. Seorang penyerang tanpa sokongan pemain tengah akan mengurangkan peluang menyerang, manakala pertahanannya pula akan selalu teruji. Oleh kerana mereka menguasai bahagian-bahagian penting di dalam padang, berbanding dengan pemain lain, pemain tengah mungkin lebih banyak mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan,[2] terutamanya jika mereka mempunyai pandangan yang cukup jelas untuk membuat hantaran yang baik atau kebolehan untuk menjaringkan gol.

Biasanya pemain tengah menghabiskan paling banyak tenaga semasa satu-satu perlawanan disebabkan jarak yang mereka rangkumi di atas padang kerana pada masa-masa tertentu, mereka terpaksa balik ke kawasan pertahanan, atau diperlukan untuk serangan dengan penyerang.[3]

Pemain tengah sentral[sunting | sunting sumber]

Pemain tengah sentral bermain banyak peranan di dalam permainan padang dan mungkin yang paling penting di dalam membuat serangan. Kedudukan mereka membolehkan mereka mendapat pandangan keseluruhan perlawanan, dan kerana kebanyakan tindakan berlaku di dalam kebanyakan kawasan mereka, pemain tengah juga biasanya bersungguh-sungguh memberikan kawalan yang paling tinggi bagaimana satu-satu perlawanan ini dimainkan.Di bahagian padang ini dikenali sebagai satu "bilik enjin" pasukan, kerana pasukan yang bagus jarang berjaya tanpa pemain tengah yang berkemahiran atau pemain tengah sentral yang pandai memberikan arahan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://expertfootball.com/coaching/positions.php
  2. "Positions in football". talkfootball.co.uk. http://www.talkfootball.co.uk/guides/positions_in_football.html. Capaian 2008-06-21. 
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BBCsport1 tidak disediakan