Bola sepak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bola sepak
بولا سيڤاق
Penyerang (memakai baju merah) boleh menggelecek melepasi pertahanan (dalam baju putih). Kemudian dia boleh memilih sama ada untuk memberikan satu tendangan ke arah gol; penjaga gol akan cuba untuk menghentikan bola itu daripada memasuki gol

Dua orang pemain tengah merebut bola
Badan induk tertinggi FIFA
Nama samaran Bola
Pertama dimainkan Tengah abad ke-19 England
Ciri-ciri
Contact Bersentuh
Ahli pasukan 11 pada satu masa
Jantina bercampur Berasingan
Kategori Berpasukan, bola
Bola Bola sepak
Olimpik Ya, sejak 1900

Bola sepak (tulisan Jawi : بولا سيڤاق, bahasa Arab : لعبة كرة القدم) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia.[1] [2] [3][4] Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (bahasa Inggeris : Federation International Football Association, bahasa Perancis : Fédération Internationale de Football Association).

Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap-tiap 4 (empat) tahun sekali.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:

  • pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
  • pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
  • penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Cara permainan[sunting | sunting sumber]

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Kejohanan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Maklum, Piala Dunia FIFA diadakan setiap-tiap empat tahun sekali dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, terakhir juara 2002.

Pertandingan antarabangsa tertua di dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Maklum, Copa América diadakan setiap - tiap dua tahun sekali dan bermula di Argentina pada 1916.

Bola sepak di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Bola sepak di Malaysia

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan ditubuhkannya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong 1935 - 1937. Sejak ketika itu, aktifiti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang memperhebatkan perkembangan dunia bola sepak di Malaysia.

Selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, dua puluh tahun selepas itu, banyak pemain - pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia, bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.

Kejohanan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Format Liga[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Liga Malaysia

Format Piala[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ""Overview of Soccer"". Ensiklopedia Britannica. Diperoleh pada 4 Jun 2008. 
  2. Guttman, Allen (1993). ""The Diffusion of Sports and the Problem of Cultural Imperialism"". Dalam Eric Dunning, Joseph A. Maguire, Robert E. Pearton. "The Sports Process: A Comparative and Developmental Approach". Champaign: Human Kinetics. ms. 129. ISBN 0-88011-624-2. Diperoleh pada 26 Januari 2008. ""The game is complex enough not to be invented independently by many preliterate cultures and yet simple enough to become the world's most popular team sport"" 
  3. Dunning, Eric (1999). ""The development of soccer as a world game"". "Sport Matters: Sociological Studies of Sport, Violence and Civilisation". London: Routledge. ms. 103. ISBN 0-415-06413-9. Diperoleh pada 26 Januari 2008. ""During the twentieth century, soccer emerged as the world's most popular team sport"" 
  4. Mueller, Robert; Cantu; Van Camp, Steven (1996). "Team Sports". "Catastrophic Injuries in High School and College Sports". Champaign: Human Kinetics. ms. 57. ISBN 0-87322-674-7. Diperoleh pada 26 Januari 2008. ""Soccer is the most popular sport in the world and is an industry worth over US$400 billion world wide. 80% of this is generated in Europe, though its popularity is growing in the United States. It has been estimated that there were 22 million soccer players in the world in the early 1980s, and that number is increasing. In the United States soccer is now a major sport at both the high school and college levels"" 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoken Wikipedia-2

Wikinews
Wikinews mempunyai bahagian yang berkaitan:

Templat:Bola sepak