Pemasa 555
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemasa 555 adalah sebuah litar bersepadu (LB) yang boleh menghasilkan denyutan voltan pada frekuensi-frekuensi tertentu bergantung kepada rekaan litar.
Isi kandungan |
Mod [sunting]
Pemasa 555 mempunyai tiga mod pengendalian iaitu:
- Monostabil — dalam mod ini, denyutan keluaran bagi pemasa 555 akan hanya mempunyai satu tahap stabil.
- Tak stabil — bagi mod ini pula, pemasa 555 akan bertindak sebagai sebuah pengayun.
- Dwistabil — pemasa akan bertindak sebagai sebuah flip-flop dalam mod ini.
Pin [sunting]
LB ini mempunyai lapan pin. Jadual berikut menunjukkan nombor-nombor pin dan juga nama pin tersebut.
| No. | Nama pin |
|---|---|
| 1 | Bumi |
| 2 | Picu |
| 3 | Keluaran |
| 4 | Set semula |
| 5 | Voltan kawalan |
| 6 | Ambang |
| 7 | Nyahcas |
| 8 | VCC |
Formula rekaan [sunting]
Dalam merekabentuk litar bagi pemasa, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Iaitu kitar bertugas, frekuensi denyutan dan mod pengendalian yang ingin ditugaskan kepada pemasa 555.
Frekuensi denyutan diberikan oleh
atau
kerana tempoh,
Lebar denyutan ditemukan dengan
dan
- kitar bertugas

Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
- (Inggeris) 555 timer




