Pembiasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej Jambatan Golden Gate dibiaskan dan dibelokkan oleh banyak titisan air tiga dimensi berbeza
Pembiasan dalam blok (akrilik) Perspex

Pembiasan ialah pertukaran arah seuatu gelombang, lazimnya cahaya, disebabkan pertukaran kelajuannya.

Cahaya dibelokkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.

Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenarnya.