Pemeluwapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wap air yang sejuk akan termeluwap dari cawan teh

Pemeluwapan ataupun kondensasi ialah proses perubahan keadaan jirim daripada keadaan gas kepada keadaan cecair apabila gas itu disejukkan atau dimampatkan. Ia merupakan proses yang berlawan bagi penyejatan.

Apabila disejukkan, tenaga kinetik zarah-zarah berkurangan. Zarah-zarah gas bergerak dengan lebih perlahan dan ditarik antara satu sama lain dengan lebih kuat. Jadi, zarah-zarah tersusun lebih rapat menyebabkannya bertukar kepada cecair.

Pemeluwapan merupakan satu proses eksoterma, iaitu membebaskan haba. Contoh terbaik ialah air yang dapat dilihat di luar gelas sejuk pada hari yang panas.

Pemeluwapan di atmosfera[sunting | sunting sumber]

Embun pada sarang labah-labah

Wap air dari udara yang termeluwap pada permukaan sejuk menjadi air dipanggil embun. Wap air akan cuma termeluwap sekiranya permukaan tersebut lebih sejuk daripada suhu wap air, ataupun jika keseimbangan wap air dalam udara telah dilepasi (udara lembap). Bila wap itu termeluwap pada satu permukaan, ia memanaskan permukaan tersebut dan menurunkan suhu atmosfera sedikit. Inilah juga proses yang menyebabkan pembentukan awan.

Asap ekzos kapal terbang termeluwap

Takat embun merupakan suhu wap air perlu sejuk sebelum pemeluwapan mula terjadi. Sekiranya udara amat sejuk dan tepu, fros dan salji boleh terjadi. Dalam kes ini, wap udara bertukar dari gas terus kepada pepejal.