Gas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gas merupakan salah satu daripada empat 'bentuk jisim' (phases of matter) utama. Seperti cecair, gas tidak mempunyai bentuk yang tetap dan boleh mengalir. Tetapi, gas juga tidak mempunyai isipadu yang tetap, ia boleh berubah mengikut bentuk bekas. Tenaga kinetik gas merupakan yang kedua terbesar untuk semua 'bentuk keadaan' (selepas plasma). Oleh sebab itu, atom-atom dan molekul-molekul gas sentiasa berlanggar antara satu sama lain, lebih besar tenaganya, lebih kerap perlanggaran itu.

Walaupun kandungan tenaga bagi gas adalah yang paling tinggi, namun daya tarikan antara zarah sangat lemah sehingga boleh diabaikan.

Zarah-zarah bagi gas tidak tersusun langsung dan ia bergerak secara rawak dengan cepat. Didapati jarak antara satu zarah dengan zarah yang lain adalah sangat jauh sehingga wujud banyak ruang-ruang kosong wujud antara zarah.

Seperti cecair, zarah-zarahnya mempunyai 3 jenis gerakan iaitu:

Laju zarah-zarah suatu gas tertentu pada suhu bilik dan tekanan atmosfera ialah kira-kira 1600 km sejam dan setiap zarah membuat 500 juta pelanggaran sesaat dengan zarah-zarah lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]