Pemex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Petróleos Mexicanos
Jenis/bentuk sahHakmilik Kerajaan
IndustriPenapisan Petroleum dan Gas
Ditubuhkan1938
PengasasLázaro Cárdenas Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatMexico Bandar Raya Mexico, Mexico
Tokoh pentingJesús Reyes Heroles (CEO)
Georgina Kessel (Chairwoman)
KeluaranPetrokimia
Hasil$98 bilion ASD (2006)
PemilikFederal government of Mexico Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan138,215
Syarikat indukSecretariat of Energy Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://www.pemex.com.mx
Facebook: Pemex Twitter: pemex Instagram: pemex Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Petróleos Mexicanos (PEMEX) ialah syarikat petroleum kebangsaan milik kerajaan Mexico.

Galian aspal telah digunakan sejak kerajaan purba Aztek lagi. Minyak pernah diproses menjadi minyak tanah ( kerosene) sekitar 1876 di Tampico. Sejak 1917 minyak telah ditapis oleh syarikat British Pearson dan syarikat Amerika Syarikat, Doheny . Setelah harga petroleum meningkat secara mendadak , kerajaan Mexico telah memiliknegara pengeluaran petroleum melalui perubahan perlembagaan.[1][2]

Carigali Petroleum[sunting | sunting sumber]

Pada 1938, Presiden Mexico, Lázaro Cárdenas telah menyebelahi pekerja pengeluaran petroleum supaya syarikat asing membayar gaji lebih dan memperbaiki kebajikan sosial mereka. Pada 18 Mac , sebanyak 27 artikel dalam Perlembagaan 1917, semua syarikat pengeluar dari Amerika Syarikat dan Anglo-Dutch dimiliknegarakan dan membentuk PEMEX. Akibatnya banyak kerajaan asing telah menutup pasaran mereka kepada petroleum Mexico. Selepas boikot dibatalkan, Pemex menjadi syarikat yang membantu membangunkan Mexico dan menjadi pengeksport ke-5 terbesar di dunia.

Produk[sunting | sunting sumber]

Pemex mengadakan ribuan stesen minyak menjual petrol dan diesel di seluruh Mexico. Pemex menawarkan minyak Magna, Premium 92, Nova dan lain-lain tetapi diragui kualitinya. Pemex menggunakan mata wang Pesos dan dolar US dalam setiap pembelian dan jualan antarabangsa.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pengguna merungut kerana stesen minyak menjual minyak kurang dari 900 ml.Selain itu dikatakan petrol dicampur dengan 1/4 air hingga menyebabkan beberapa kereta dan SUV gagal berfungsi.

  • Pada 3 Jun 1979 carigali minyak Pemex di Teluk Mexico telah bocor dan menyebabkan pencemaran sepanjang 600 batu di selatan Texas.
  • Pada 19 November 1984 seramai 500 terbunuh di San Juan kerana gudang petroleum Pemex telah meletup.
  • Pada 22 April 1992, letupan berlaku di Guadalajara dan Jalisco dan membunuh 200 orang.
  • Pada 10 Julai 2007, pemberontak Tentera Revolusi Popular telah meletupkan paip gas Pemex.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fortune Global 500 2010: 64. Pemex". Fortune Magazine. Dicapai pada July 26, 2010.
  2. ^ "Eig_Article". energyintel.com. Dicapai pada April 20, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]