Pendidikan jasmani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Maksud Pendidikan Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif Pendidikan Jasmani[sunting | sunting sumber]

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :

Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

Matlamat Pendidikan Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?[sunting | sunting sumber]

  • Penglibatan murid secara aktif dan selamat
  • Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
  • Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?[sunting | sunting sumber]

  • Penglibatan murid secara penghayatan ilmu dan pengetahuan
  • Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
  • Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==

Kecergasan[sunting | sunting sumber]

  • Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .
  • Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

Kecergasan Fizikal[sunting | sunting sumber]

Koordinasi[sunting | sunting sumber]

  • Imbangan
  • Ketangkasan
  • Kuasa
  • Masa Respons
  • Kepantasan

Berasaskan pelakuan motor[sunting | sunting sumber]

  • Berasaskan kesihatan
  • Daya tahan kardiovaskular
  • Daya tahan Otot
  • Kekuatan
  • Kelenturan
  • Komposisi badan

Kemahiran[sunting | sunting sumber]

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

Kesukanan[sunting | sunting sumber]

Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

Kesihatan Diri dan Keluarga[sunting | sunting sumber]

  • Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan
  • Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan

Gaya Hidup Sihat[sunting | sunting sumber]

  • Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
  • Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran[sunting | sunting sumber]

Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas