Penerbangan 9268 Metrojet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penerbangan 9268 Kogalymavia
EI-ETJ, pesawat yang terhempas berlepas dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Ogos 2014
kemalangan
Tarikh31 Oktober 2015 (2015-10-31)
RingkasanMasih dalam penyiasatan, sebab masih tidak diketahui.[1]
Tapak kejadianSemenanjung Sinai, Mesir
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Sharm-el-Sheikh, Semenanjung Sinai, Mesir
DestinasiLapangan Terbang Pulkovo, Saint Petersburg, Rusia
Penumpang217[2]
Anak kapal7
Kematian224[3]

Penerbangan 9268 Kogalymavia (7K9268/KGL9268) adalah penerbangan antarabangsa oleh Kogalymavia (dikenali sebagai Metrojet) yang terhempas di utara Semenanjung Sinai, Mesir pada 31 Oktober 2015 selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Sharm-el-Sheikh pada 0651 (MSK) yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Pulkovo pada 1210 (MSK).[4]

Pesawat itu membawa 217 penumpang termasuk 17 kanak-kanak dan 7 anak kapal. Kebanyakan penumpang adalah warganegara Rusia.[5]

Khidmat Keselamatan Persekutuan Rusia telah memaklumkan pada 17 November 2015 bahawa mereka pasti nahas ini ialah serangan pengganas, dicetuskan oleh bom reka ganti mengandungi kesetaraan sehingga seberat 1 kilogram (2.2 lb) TNT yang diletupkan semasa penerbangan. Pihak Rusia menyatakan bahawa mereka telah menemui sisa bahan letupan sebagai bukti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wreckage of Russian passenger plane found in Sinai: Egypt govt". Channel NewsAsia. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  2. ^ a b "Russian passenger plane crashes in Egypt's Sinai, country's Prime Minister says". cnn. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  3. ^ "No survivor on Russian passenger plane crashes in Egypt's Sinai, said country's Prime Minister says". Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  4. ^ "Pesawat Rusia bawa lebih 200 penumpang terhempas di Sinai - PM Mesir". Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  5. ^ Don Melvin dan Ray Sanchez (31 Oktober 2015). "Russian plane crash in Sinai: All 224 on board killed". CNN. Dicapai pada 31 Oktober 2015.