Alat letupan reka ganti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amunisi dipasang sebagai IED di Baghdad pada November 2005
Kenderaan Cougar di Al Anbar, Iraq, terkena IED seberat kira-kira 300–500 lb

Alat letupan reka ganti (Inggeris: improvised explosive device, IED) ialah sejenis bom buatan sendiri yang dibina dan digunakan berlainan dengan cara ketenteraan biasa. Selain dibuat daripada bahan letupan tentera biasa, seperti peluru meriam yang dipasang mekanisme peledak. ia juga boleh diperbuat daripada bahan-bahan biasa di rumah. Bom tepi jalan merupakan penggunaan biasa IED.

IED boleh digunakan dalam oleh pengganas atau oleh gerila / komando dalam peperangan bukan konvensional / kancah operasi. Dalam Perang Iraq kedua, IED digunakan secara meluas terhadap angkatan pimpinan A.S. dan pada akhir 2007 merupakan sebab kira-kira 63% kematian angkatan itu di Iraq.[1] Bom sebegini juga digunakan kumpulan militan di Afghanistan, dan telah menyebabkan lebih 66% jumlah kematian Gabungan dalam Perang di Afghanistan kini.[2]

Selain itu, IED turut banyak digunakan kader-kader puak pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terhadap sasaran ketenteraan di Sri Lanka.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan icasualties tidak disediakan
  2. "home.mytelus.com". home.mytelus.com. Diperoleh pada 2012-05-11. 
  3. "Suicide Terrorism: A Global Threat". Pbs.org. Diperoleh pada 2009-10-18. 
  4. "13 killed in blasts, arson in Sri Lanka". Chennai, India: Hindu.com. 2006-04-13. Diperoleh pada 2009-10-18.