Penerbangan Malam (karya)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Night Flight
Poster Aeroposta Argentina menunjukkan pesawat mel udara
Pengarang Antoine de Saint-Exupéry
Judul asal Vol de Nuit
Negara Perancis
Bahasa Perancis
Tarikh terbitan 1932
Jenis media Cetak
ISBN N/A

Penerbangan Malam Bahasa Inggeris: ''Night Flight'';Bahasa Perancis: ''Vol de Nuit''; ialah novel kedua oleh Antoine de Saint-Exupery, seorang juruterbang Perancis. Ia diterbitkan buat kali pertamanya pada tahun 1931 dan menjadi buku laris penjualnya di peringkat antarabangsa. [1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Buku berasaskan pengalaman Saint-Exupery sebagai juruterbang mel udara dan sebagai pengarah syarikat penerbangan Aeroposta Argentina yang berpusat di Argentina. Watak-watak juga dilandaskan secara amnya di atas para kenalannya di Amerika Selatan, khususnya watak Rivière yang diilhamkan di atas Didier Daurat, seorang pelopor penerbangan Perancis dan pengursus operasi syarikat Aéropostale.

Plot[sunting | sunting sumber]

Fabien ialah juruterbang mel udara syarikat Patagonia Mail. Bekiau perlu membawa surat semasa sebuah ribut petir melanda. Walupun ribut itu berbahaya, Rivière, ketua Fabien, menyuruhnya terbang pada malam itu, justeru meletaknya dalam keadaan berbahaya. Rivière berasa bertanggung jawab oleh sebab menyebabkan Fabien membuat penerbangan penuh risiko, dan senantiasa berhubung dengannya melalui radio. Isteri Fabien juga sedang menunggu. Situasi bertmabah berbahaya ‐ Fabien pasti maut. Kemudian, mesej-mesej radio terhenti, dan Rivière tidak mampu melakukan apa-apa melainkan membuat pengiraan bila agaknya kapal terbang Fabien akan terjatuh. Penerbangan ini membuat Rivière, yang sebelum itu berfikiran bahawa tiada penerbangan harus ditunda demi dapt meraih keuntungan daripada penerbangan, berasa amat terganggu. Plot berakhir di sini, tetapi hampir pasti bahawa Fabien maut.

Tafsiran[sunting | sunting sumber]

Satu tema utama novel ini ialah sama ada melakukan apa yang diperlukan demi mencapai matlamat masa panjang itu lebih penting daripada nyawa seorang individu. Rivière mahu menunjukkan bahawa mail udara lebih efisien daripada penghantaran mel atau surat dengan kapal atau keretapi dan kerana iangin membuktikan ini, sentiasa meletakkan juruterbangnya dalam bahaya. Beliau mempercayai bahawa cara yang dapat menjadikan mel udara berjaya dari segi perniagaan ialah hanya dengan melatakkan banyak nyawa dalam keadaan berisiko. Pesawat udara era ini tidak memiliki peralatan penerbangan yang diperlukan untuk membuat penerbangan malam dengan selamat, dan ramai juruterbang yang melakukan penerbangan malam terselemat kerana belum sampai ajal.

Rivière mempercayai bahawa adalah kritikal yang Fabien melakukan penerbangan tepat pada masanya agar tidak mengganggu jadual penerbangan yang menyusulinya. Apabila beliau sedar bahawa beliaulah yang memikul tanggung jawab besar akan kematian Fabien, beliau menyatakan: "We tidak meminta keabadian. Apa yang kita pinta ialah kita tidak melihat tindakan dan objek hilang makna mereka. Kekosongan yang menyelubungi kita dengan tiba-tiba kelihatan di semua tempat". Fabien pula tidak memahami sepenuhnya pendapat Rivière, namun, tidak juga menentangnya. Mahupun pasti beliau akan maut semasa penerbangan ini, beliau menyimpan perasaannya dan melakukan penerbangan juga.

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Vol de Nuit diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh sebagai Night Flight (Desmond Harmsworth, London, 1932). Terjemahan ini muncul dalam beberapa edisi dan masih dalam percetakan. Karya ini juga sudah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Buku telah dipadankan kepada filem dan opera.[2] Opera menitkberatkan kesangsaraan individu dan dihasilkan sebagai tindak balas kepada fahaman Fasis.

Hadiah penghargaan[sunting | sunting sumber]

Vol de Nuit memenangi satu daripada hadiah kesusasteraan Peranci, Prix Femina (ahli juri wanita) dalam tahun 1931. Saint-Exupery tidak berapa terkenal di luar kumpulan kesusasteraan sebelum (kendatipun Andre Gide menyokongnya dan menulis kata-kata pendahuluan kepada edisi pertama buku), tetapi beliau mendapat pengiktirafan meluas selepas menerima hadiah ini.

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Walaupun Vol de Nuit memenangi Prix Femina, ramai juruterbang mengkritik Saint-Exupery disebabkan Fabien, oleh sebab, mengikut sebahagian daripada mereka, watak itu terlalu tragik dan terlalu berlagak seperti wira. Peranan Daurat juga dikritik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota
  1. Saint Exupéry: A Biography, Stacy Schiff, pg.210
  2. Sellors, Grove online
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]