Penerbitan atas meja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

'Penerbitan meja atau dalam bahasa Inggeris Desktop publishing / DTP, adalah proses menyunting dan layout bahan bercetak untuk tujuan penerbitan, seperti buku, majalah, risalah ( brochure ), dan seumpamanya dengan menggunakan komputer peribadi. Perisian penerbitan meja, seperti QuarkXPress, adalah perisian direka khusus untuk tugas sedemikian. Peraturan sebegitu secara amnya tidak menggantikan pemproses kata dan aplikasi grafik, tetapi digunakan untuk ( aggregate ) kandungan yang dicipta dengan menggunakan program tersebut: teks, bitmap graphics (seperti grafik yang disunting dengan Adobe Photoshop, dan grafik vektor (seperti lukisan/gambaran yang dibuat dengan menggunakan Adobe Illustrator).

Penerbitan meja dicipta pada tahun 1978, apabila perisian TeX membuktikan bahawa typesetting berkualiti percetakan boleh dilakukan dengan menggunakan sebarang komputer perdagangan biasa, dan tugas yang banyak dan rumit seperti buku dan journal boleh dihasilkan dengan menggunakan terminal atas meja piawaian. Sebelum ini, taipset ( typesetting ) telah dilakukan dengan menggunakan cara mekanikal atau elektro-mekanikal, atau oleh komputer kerangka utama yang amat mahal atau sistem berasaskan komputer mini.

Pada tahun 1985, penerbitan meja tersedia untuk masyarakat umum, bersama dengan Aldus Pagemaker (yang kemudiannya diambil alih oleh Adobe), komputer Apple Apple Macintosh, dan bahasa gambaran Sistem Adobe, PostScript, termasuk fon boleh skala dalam format fon Jenis 1 ( Font type 1 ).

Apabila komputer peribadi dilengkapi dengan skrin grafik, penyuntingan selaras synchronous typographical menjadi mungkin (dikenali secara tidak tepat sebagai "WYSIWYG"), tetapi sistem ini pada awalnya digunakan kebanyakannya untuk penerbitan sebaran kecil-kecilan seperti newsletter kelab. Apabila sistem ini bertambah baik ia diterima secara menyeluruh dalam dunia penerbitan profesional. -- pada masa sekarang, hampir kesemua penerbit adalah melalui "penerbitan meja". Sistem penerbitan meja yang lebih flexible dan kepantasannya telah mengurangkan masa diperlukan untuk penerbitan majalah dan membenarkan

layouts yang lebih rumit dihasilkan. Sistem automatik yang boleh diprogramkan seperti LaTeX bererti dokumen yang panjang, berulang, atau berstruktur dapat dihasilkan dalam tempoh yang yang singkat berbanding sistem kawalan manual.

Apple Macintosh, dengan sejarah keupayaan grafik yang lebih baik (terutamanya dalam bahagian typography), dan GUI yang mudah, amat popular dalam kelas applikasi serupa ini dan kekal menjadi salah satu pasaran teras komputer Apple.

Perisian penerbitan meja[sunting | sunting sumber]

Rencana berkaitan[sunting | sunting sumber]