Komputer peribadi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Komputer peribadi ialah komputer yang sesuai digunakan untuk kegunaan peribadi. Komputer jenis ini boleh didapati di pasaran dengan harga yang pelbagai—bergantung kepada kehendak pengguna, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan komputer berkuasa tinggi seperti superkomputer.

Komputer peribadi juga digunakan untuk merujuk kepada komputer IBM Personal Computer keluaran IBM. Komputer ini merupakan pencetus kepada perkembangan komputer peribadi sehingga ke hari ini.

Komputer peribadi boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut rupa dan saiz:

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Komputer peribadi ialah mikrokomputer yang berharga rendah. Pada asalnya direkabentuk supaya ia hanya boleh diguna oleh seorang pada satu masa, dan juga bersesuaian dengan IBM PC (IBM PC compatible)

Nadi utama bagi Mikrokomputer ialah Unit Pemproses Pusat mikropemproses (microprocesor CPU). Mikropemproses yang pertama ialah Intel4004 yang dikeluarkan pada 15 November 1971. Generasi pertama mikrokomputer yang mula dikeluarkan pada tahun 70an. Namun begitu, ia berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya berbanding dengan Komputer perniagaan (Business Computer) pada waktu itu. Ianya hanya diguna oleh peminat komputer, atau hanya untuk permainan elektronik.

Mikrokomputer menjadi alat perniagaan apabila program spreadsheet VisiCalc dilancarkan untuk mesin Apple II, dan seterusnya untuk IBM PC. Pada sekitar tahun 1980an, harga komputer peribadi yang rendah menjadi sebab utama kepopularannya untuk kegunaan di rumah serta perniagaan. Pada tahun 1982, majalah Times memberikan "Komputer Peribadi" gelaran "Man of the Year".

Menjelang tahun 1990an, kuasa prestasi Komputer Peribadi meningkat secara drastik, sehingga ianya hampir menyamai kuasa komputer multi-user (ramai pengguna), seperti Mainframe. Pada hari ini, komputer tahap tinggi (higher-end computer) lebih kerap membezakan dengan komputer peribadi dari segi kestabilan serta kuasa multitasking yang lebih baik, daripada hanya bergantung semata-mata pada kuasa CPU.

[sunting] Seni bina dan kad tambah

Kebanyakan Komputer Peribadi moden menggunakan senibina perkakasan yang serasi dengan IBM PC, dan menggunakan pemproses berciri x86 yang dikeluarkan oleh Intel, AMD, atau Cyrix. Keupayaan komputer peribadi boleh ditingkatkan lagi dengan penggunaan kad tambah.

[sunting] Komputer peribadi yang bukan-sesuai IBM

Di sebalik kepopularan komputer peribadi, terdapat juga sejumlah komputer peribadi yang bukan-bersesuaian dengan IBM (non-IBM compatible), yang masih menjadi tarikan pengguna. Salah satu daripadanya ialah Power Macintosh, yang dikeluarkan oleh Apple Computer. Komputer peribadi ini menggunakan seni bina PowerPC, dan ianya digunakan secara meluas dalam bidang seni bina grafik serta multimedia.

Di samping itu, terdapat juga komputer peribadi lain yang bukan-bersesuaian dengan IBM:

[sunting] Lihat Juga

[sunting] Pautan Luar

  • Inspire Lab, Panduan, artikel dan tutorial berkaitan Komputer Peribadi
Alatan peribadi