Pengasilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam ilmu kimia, pengasilan (nama rasmi: alkanoylation) merupakan proses menambah kumpulan asil ke dalam suatu sebatian. Sebatian yang menyediakan kumpulan asil dikenali sebagai agen pengasil.

Kerana asil membentuk elektrofil yang kuat apabila dikenakan dengan ssesetengah pemangkin logam, asil halida sering digunakan sebagai agen pengasil. Sebagai contoh, pengasilan Friedel–Crafts menggunakan asetil klorida (etanoil klorida), CH3COCl, sebagai agen dan aluminum klorida (AlCl3) sebagai pemangkin untuk menambah kumpulan etanoil (asetil) kepada benzena. Mekanisme tindak balas ini adalah penukargantian elektrofilik.

Pengasilan Friedel-Crafts benzena oleh etanoil klorida

Asil halida dan anhidrida asid karboksilik juga biasa digunakan sebagai agen pengasil untuk mengaksilat amina untuk membentuk amida atau mengaksilat alkohol untuk membentuk ester. Amina dan alkohol merupakan nukleofil dan mekanismenya adalah penyingkiran penambahan nukleofilik. Asid suksinik turut digunakan dalam beberapa proses pengasilan dimana ia dikenali sebagai pengsuksinatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]