Pengeboman Vic 1991

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengeboman Vic 1991 merupakan serangan yang dilakukan oleh oleh kumpulan pemisah bersenjata Basque Euskadi Ta Askatasuna (ETA) pada 29 Mei 1991, apabila sebuah bom kereta yang membawa bahan letupan seberat melebihi 200 kg meletup di luar berek Guardia Civil di Vic, Catalonia, Sepanyol. Pengeboman ini mengorbankan 9 orang termasuk 5 kanak-kanak, manakala 44 orang lagi cedera.[1]

Berikut pemilihan Barcelona sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1992, ETA telah melancarkan siri serangan ke atas Catalonia untuk menarik perhatian dunia terhadap penggiatan mereka. Beberapa bulan sebelum itu, enam orang pegawai polis terbunuh dalam serangan bom di Sabadell.[2]

Beberapa hari selepas pengeboman ini berlaku, dua orang ahli ETA telah dibunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa semasa serbuan ke atas sebuah rumah di Lliçà d'Amunt, berdekatan Barcelona. Lima lagi ahli ETA turut ditahan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Vic (Barcelona) recordará hoy a las víctimas del atentado de ETA en su casa cuartel". eleconomista.es. Dicapai pada 5 September 2010.
  2. ^ {{cite web | title = Atentados de ETA en Cataluña | work = [[El Mundopp | url = http://www.elmundo.es/elmundo/2004/02/18/espana/1077114439.html | accessdate = 5 September 2010 | language = es }}
  3. ^ "Los terroristas fueron descubiertos al cometer una cadena de 'errores de aprendiz'". El País (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 5 September 2010.