Pengerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengerang adalah satu pekan kecil di Kota Tinggi, yang mengadap Selat Johor, Laut China Selatan, di tenggara Johor. Pengerang berdekatan dengan Tanjung Kapal, Sungai Rengit, Teluk Ramunia di Johor. Pengerang juga berhampiran dengan Sungai Lebam , Sungai Johor dan Pulau Tekong. Di seberangnya ialah pulau Singapura iaitu berhadapan dengan Lapangan Terbang Changi Singapura kira-kira 20 km.

Ia menjadi pos imigresen di Pantai Timur Johor, Malaysia. Ia mempunyai beberapa buah rumah dan satu jalan yang menghala ke Sungai Rengit, bandar yang lebih besar untuk penginapan dan kemudahan makanan. Mukabumi yang rendah dan berpaya menyebabkan kawasan ini agak ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Johor. Namun kelebihannya ialah ia berhampiran atau menghadap negara Singapura.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]