Pengetahuan ensiklopedik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengetahuan ensiklopedik ialah merujuk kepada pengetahuan yang luas dan lengkap,[1] seperti ensiklopedia yang mengenai sebilangan besar subjek yang berbagai. Seseorang individu yang mempunyai pengetahuan tersebut disebut sebagai "ensiklopedia manusia" atau "ensiklopedia berjalan".[2][3]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Idea pengetahuan ensiklopedik telah banyak muncul dalam budaya popular, terutama tersebar dalam fiksyen detektif. Pada tahun 1887, Sir Arthur Conan Doyle memperkenalkan fiksyennya, Sherlock Holmes, yang menggunakan ketajaman deduktifnya yang mendalam dan pengetahuan yang luar biasa untuk menyelesaikan kesnya. Encyclopedia Brown ialah rangkaian buku karya Donald J. Sobol yang memaparkan pengembaraan detektif budak lelaki Leroy Brown, yang dikenali sebagai "Encyclopedia" kerana kepintaran dan pengetahuannya yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1963.

Salah satu yang paling terkenal ialah fiksyen Hitchhiker's Guide to the Galaxy oleh Douglas Adams yang telah memulakan evolusinya melalui media yang banyak sebagai program radio Britain pada tahun 1978.[4] Pada tahun 2004, penyumbang NPR AJ Jacobs menerbitkan The Know-It-All, mengenai pengalamannya membaca keseluruhan Encyclopædia Britannica dari awal sehingga akhir.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopedic di vocabulary.com
  2. ^ Walking encyclopedia di The Free Dictionary
  3. ^ Walking encyclopedia do vocabulary.com
  4. ^ Adams, Douglas (1979). The hitchhiker's guide to the galaxy (ed. 1st). New York: Harmony Books. ISBN 1400052920.
  5. ^ Jacobs, A.J. (2004). The know-it-all : one man's humble quest to become the smartest person in the world (ed. 1st Simon & Schuster paperback). New York: Simon & Schuster. ISBN 0743250605.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]