Detektif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Detektif berasal dari perkataan Inggeris "detection" yang bermaksud mengesan. Oleh itu seorang detektif bertugas sebagai penyiasat jenayah. Di Malaysia seperti negara-negara Komanwel yang lain, seorang polis berpangkat detektif biasanya seorang polis yang menjadi ahli Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) dan terlibat dalam penyiasatan jenayah yang berat seperti sodomi, pembunuhan dan sebagainya dan ini termasuk juga interogasi suspek. Selain itu detektif boleh juga merujuk kepada orang biasa yang tiada kuasa polis tetapi mahir dalam mengesan atau menjejaki seseorang. Di banyak negara terutamanya di Amerika Syarikat, mereka dikenali sebagai "private investigator" atau nama singkatnya private eye.

Dalam buku-buku berunsur misteri, detektif digambarkan sebagai orang yang bijak dalam menyelesaikan kes-kes pembunuhan dan kecurian. Misalnya Detektif Sherlock Holmes dan Conan Edogawa.