Pengguna:Hay Shaffay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

School of Islamic Thought (SKIL)[sunting | sunting sumber]

School of Islamic Thought[1] atau -singkatannya SKIL merupakan sebuah gerakan intelektualisme yang yang ditubuhkan hasil buah fikiran beberapa orang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa yang sedar akan pentingnya wacana ilmu untuk dikehadapankan di samping silibus pelajaran akademik. SKIL meraikan sifat kritis dan kreatif, dengan manifestasi ijtihad, sebagai skil asas dalam kehidupan seharian umat Islam.

Perbahasan yang dibincangkan SKIL meliputi segenap topik, daripada falsafah sehingga ke siyasah, sehingga ke tasawwuf. Walaubagaimanapun, SKIL lebih cenderung untuk membincangkan falsafah Islam dan Barat seperti membahaskan pemikiran Ibn Sina, Ibn Khaldun dan sebagainya. SKIL banyak menganjurkan program-program intelektualisme percuma yang terbuka kepada awam seperti kelas pemikiran Islam, kelas mantiq[2], diskusi isu semasa, diksusi tematik[3], kritik sosial serta debat.

SKIL telah ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya pada pertengahan tahun 2014 dengan moto al-Tafkir fi zaman al-Takfir. Menerusi wacana-wacananya, SKIL menerapkan tiga fahaman asas kepada awam : intelektual, kritis dan reformis.

Kumpulan Transhijrah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Transhijrah merupakan sebuah kumpulan muzik nasyid berirama kontemporari yang ditubuhkan pada 1 Muharram 1435 Hijrah. Pada awal penubuhannya, Transhijrah terdiri daripada 9 ahli, yakni :

  1. Muhammad Hadi
  2. Hilman Fikri
  3. Aiman Zaki
  4. Muhammad Azizi
  5. Muhammad Fawwaz
  6. Ahamad Harith
  7. Badrul Amin
  8. Ahmad Yakqub
  9. Wan Fadhli

Sebelumnya, kesemua mereka pernah bergiat dalam sebuah kumpulan nasyid alat perkusi yang bernama Soutul Altamis.

Untuk meraikan ahli-ahli nasyid yang baharu, mereka telah meninggalkan Soutul Altamis dan mempersiapkan kumpulan tersebut untuk ahli baru, sebelum menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan sebagai Transhijrah, suatu simbolik terhadap penghijrahan Nabi Muhammad SAW.

Transhijrah juga kini membuat pembaharuan dalam genre lagu-lagu mereka yang agak berbeza dengan lagu sebelumnya ketika mereka berada dalam kumpulan Soutul Altamis. Mereka telah melakukan persembahan sulung seminggu selepas ditubuhkan di sebuah Kompleks Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama Almawlid

Lagu-lagu Transhijrah[sunting | sunting sumber]

  1. Hijratur Rasul (Bahasa Inggeris)
  2. Seruan Gaza
  3. Fi Manami[4]
  4. Inspirasi Sedekah
  5. Lahirnya Aku
  6. Pesona Tahajjud