Pengguna:Iqbal hisyam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cerpen merupakan ringkasan dari perkataan cerita pendek. Ia merujuk kepada karangan rekaan (fiksyen) yang mempunyai jumlah perkataan yang terhad dari 200 - 7,500 patah perkataan. Cerpen biasanya lebih ringkas dan padat berbanding cereka yang lebih panjang, seperti novella (dari segi erti moden) dan novel.

Cerpen yang pertama di Malaysia, secara rasmi adalah karya ’’Kecelakaan Pemalas’’ tulisan Nor bin Ibrahim Al-Madrasi dalam majalah Pengasoh 4 Februari 1920

Cerpen berasal dari cerita lucu berprosa, keadaan yang dilakar dengan pantas yang dengan cepat sampai kemuncaknya, selari dengan tradisi penceritaan lisan.