Pengguna:Peuhaba aceh 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PEUEHABA ACEH 5


Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Peuehaba Aceh 5 adalah program kebajikan yang ditubuhkan awal tahun 2011 bagi membantu anak-anak yatim di Aceh khususnya mangsa bencana Tsunami. Oleh itu, kami pelajar-pelajar dari Universiti Multimedia dibawah Sekretariat Aceh yang dibentuk dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (STAD), Universiti Multimedia maka program ‘Peuehaba Aceh 5’ ditubuhkan. Program Peuehaba Aceh 5 pada kali ini mendapat kerjasama daripada PKPU (Pos Keadilan Peduli Umat) NGO Aceh, Indonesia, dan Majlis Agama Islam Melaka. Sekretariat ini terdiri daripada 15 pelajar ijazah Sarjana Muda dari pelbagai bidang pengajian, 3 orang pengawai eksekutif Universiti Multimedia dan 2 orang pensyarah Universiti Multimedia. Tema program amal pada kali ini dikekalkan seperti yang sebelumnya iaitu “IT Ke Hati”. Oleh yang demikian, kami amat memerlukan sumbangan daripada rakyat Malaysia bagi meringankan beban anak-anak yatim di Aceh.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

‘Peuehaba Aceh’ diambil daripada dialek Aceh yang bermaksud Apa Khabar Aceh.Program Peuehaba Aceh 5 adalah kesinambungan daripada program-program kebajikan yang telah berjaya dianjurkan dan mendapat sokongan padu daripada pihak Aceh sebelum ini iaitu Peue Aceh (2007), Peuehaba Aceh(2008),Peuehaba Aceh 3(2009),Peuehaba Aceh 4(2010) dan kini kami berasa terpanggil untuk kembali menganjurkan program amal ini.


Perlaksanaan[sunting | sunting sumber]

Tarikh  : 12 Oktober 2011 hingga 19 Oktober 2011

Tempat  :Lhoksumawe, Nanggroe Aceh Darussalam.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Meningkatkan keberkesanan teknik belajar anak anak yatim lantas menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik dan penguasaan ilmu.
  • Bertepatan dengan dasar dan prinsip pelajar universiti, iaitu dengan memberi motivasi kepada anak-anak Aceh yang kehilangan keluarga dan tempat bergantung akibat dilanda tsunami dalam usaha untuk melahirkan insan insan yang cintakan ilmu dalam meneruskan perjuangan untuk terus menimba ilmu.
  • Memupuk ukhwah dan integrasi nasional antara Malaysia dan masyarakat Aceh.


Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Peue Aceh 2007[sunting | sunting sumber]

Program Peue Aceh telah berjaya dilaksanakan pada 17 Januari 2007 hingga 22 Januari 2007 bertempat di Banda Aceh. Peue Aceh diambil dari bahasa Aceh yang bererti Apa Aceh. Program Peue Aceh mempunyai seramai 14 orang ahli jawatankuasa, 2 orang pegawai universiti dan 1 orang pensyarah yang turut serta bersama sama delegasi ke Aceh dalam menyempurnakan misi bantuan. Pengajuran pertama program Aceh ini membawa tema “I.T ke Hati”. 10 buah komputer telah dibawa ke Aceh dan disumbangkan ke RAYMTA ( Rumah Anak Yatim Melaka Tsunami Aceh ). Selama 6 hari disana, kelas I.T yang dikendalikan para pelajar memfokuskan kepada pengenalan asas perkakasan komputer serta perisian asas seperti, Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Microsoft Paint. Program Peue Aceh 2007 telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif penganjuran malah sehingga kini perhubungan antara Sekretariat Aceh dan pihak RAYMTA masih utuh terjalin.


Peuehaba Aceh 2008[sunting | sunting sumber]

Program Peuehaba Aceh 2008 merupakan kesinambungan kejayaan program Peue Aceh 2007. Peuehaba Aceh 2008 telah berjaya dilaksanakan pada 15 Januari 2008 hingga 20 Januari 2008 bertempat di Lhoksuemawe, Aceh tengah. Peuehaba Aceh yang bermaksud ”Apa Khabar Aceh” diambil dari bahasa Aceh. 10 buah komputer telah dibawa bersama delegasi ke Aceh dan disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Ar-Raudhah dibawah kelolaan ISMA dan PKPU. Pengajuran kali ini Peuehaba Aceh mendapat tajaan daripada Yayasan Telekom Malaysia dan juga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Anak anak yatim pondok Ar-Raudhah menunjukkan minat yang amat mendalam malah sebahagian besar berjaya menguasai silibus yang diajar dalam masa yang singkat.


Peuehaba Aceh 2009[sunting | sunting sumber]

Program Peuehaba Aceh 2009 merupakan kesinambungan kejayaan program Peue Aceh 2007 dan Peuehaba Aceh 2008. Peuehaba Aceh 2009 telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mac 2009 hingga 28 Mac 2009 bertempat di Siem dan Blang Bintang, Banda Aceh. Peuehaba Aceh 2009 dinaungi oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohamad Ali, Canselor Mutimedia University. 10 buah komputer telah dibawa bersama delegasi ke Aceh dan disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Istanbul dan Rumah Anak Yatim Putra dibawah kelolaan PKPU. Penganjuran kali ini Peuehaba Aceh mendapat tajaan daripada Yayasan Telekom Malaysia. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.


Peuehaba Aceh 2010[sunting | sunting sumber]

Program Peuehaba Aceh 2010 merupakan kesinambungan kejayaan program Peuehaba Aceh 2009. Peuehaba Aceh 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2010 hingga 15 Januari 2010 bertempat di Meulaboh, Nanggroe Acheh Darussalam. 10 buah komputer telah dibeli oleh delegasi di Aceh dan disumbangkan kepada Panti Yatim Ikhwan dan Akhwat PKPU Meulaboh dibawah kelolaan PKPU. Pengajuran kali ini Peuehaba Aceh mendapat tajaan daripada Yayasan EMKAY, Yayasan Telekom Malaysia, Yayasan Universiti Multimedia and Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT). Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Anak anak yatim Panti Yatim Ikhwan dan Akhwat menunjukkan minat yang amat mendalam menguasai kelas IT yang kami sediakan.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

<https://www.facebook.com/pages/Peuehaba-Aceh-5/229511120397263/> <https://twitter.com/#!/PeuehabaAceh5>