Pengguna:User01x/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim (singkatan: MRSM PDRM Kulim atau MRSM PDRM) merupakan maktab yang diwujudkan atas dasar persefahaman antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1992. Maktab ini terletak di kawasan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah. Pada awalnya, tapak cadangan pembinaan MRSM PDRM adalah di Kem PGA Ulu Kinta,Perak. Namun disebabkan beberapa faktor tapak cadangan pembinaan ditukar ke Kem PGA Kulim dan dikekalkan sehingga hari ini. Maktab ini berada dalam kawasan yang berhampiran dengan Kolej Vokasional Kulim Kulim dan Kolej MARA Kulim.

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Gambar menunjukkan perjanjian antara wakil pihak MARA dan wakil dari pihak PDRM pada 7 September 1991 di Ibu Pejabat MARA. Hasil perjanjian ini ialah penubuhan MRSM PDRM.
Perjanjian persefahaman antara pihak MARA dan pihak PDRM bagi menubuhkan MRSM PDRM.

Pada 7 September 1991, satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara YB En. Tamrin Ghafar, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (bagi pihak MARA) dengan YDH Tan Sri Hanif Omar, Ketua Polis Negara (bagi pihak PDRM). Hasil perjanjian ini, PDRM telah memilih Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3 di Jalan Junjong, Kulim, Kedah sebagai kampus sementara dan kampus tetapnya dijangka akan dibina di Serendah, Selangor. Walau bagaimanapun, akhirnya MRSM PDRM dikekalkan di Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim Kedah (dahulunya Kem Pasukan Polis Hutan Batalion 3).

Pendaftaran pertama kemasukan pelajar ke MRSM PDRM Kulim telah dibuat pada 5 Januari 1992. Seramai 200 orang pelajar (120 lelaki dan 80 perempuan) telah mendaftar sebagai pelajar perintis. Seramai 15 orang guru telah dipilih untuk menjadi tenaga pengajar dan 12 orang staf sokongan turut membantu di bahagian pentadbiran. Pada masa yang sama, pihak PDRM telah menubuhkan Unit Penyelaras (UP) MRSM untuk mengurus kerja-kerja senggaraan, pembelian dan membantu aktiviti-aktiviti pelajar.


Akademik[sunting | sunting sumber]

Jabatan Matematik[sunting | sunting sumber]

Jabatan Matematik merupakan salah satu jabatan yang terdapat di MRSM PDRM, Kulim. Jabatan ini diterajui oleh seorang ketua jabatan. Tenaga pengajar di jabatan ini terdiri daripada lapan (8) orang Guru Matematik dan dua (2) orang Guru Sains Komputer termasuk dengan Ketua Jabatan Matematik.