Tamrin Abdul Ghafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tamrin bin Abdul Ghafar)

Mohd Tamrin bin Tun Abdul Ghafar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Berendam (P112)
Dalam jawatan
1986–1995
Digantikan olehMohd Ali bin Mohd Rustam
Pengerusi MARA
Dalam jawatan
15 Januari 1991 – 12 Januari 1993
Didahului olehIsmail bin Said
Digantikan olehMohamed Nazri bin Abd. Aziz
Butiran peribadi
Lahir (1947-08-10) 10 Ogos 1947 (umur 76)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (2012-2014)
(1982-2012)
IbuAsmah binti Alang
BapaAbdul Ghafar bin Baba
HubunganMuhammad Zahid Md Arip (anak saudara)
PekerjaanAhli politik

Dato' Mohd Tamrin bin Tun Abdul Ghafar adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi MARA dari tahun 1991 hingga 1993.

Beliau turut bersama menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Seri Bujang Ulis, Datuk Mazlan Harun dan Datuk Seri Daniel Tajem.[1]

Pada 12 Ogos 2012, beliau secara rasminya menyertai PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.[2]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kedua daripada 11 orang adik beradik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba. Ibunya Toh Puan Asmah binti Alang. Adiknya Sally Ghafar @ Salmah Abdul Ghafar. Beliau bersekolah di Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak (1963-1966).

Politik[sunting | sunting sumber]

Di dalam UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua pergerakan itu.

Beliau pernah bertanding dan menang menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka selama dua penggal berturut-turut iaitu dari 1986 hingga 1995 (Pilihan raya umum 1986 dan 1990)

Ketika kempen Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 di Bandar Sungai Buaya beliau turut bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas. Perkara ini agak menghairankan kerana Anwar pernah ‘ membungkus' bapanya dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. [3] Anak saudaranya, Muhammad Zahid Md. Arip mendesak agar UMNO memecatnya kerana khianat kepada parti.[4]

Pada 23 April 2012, Tamrin yang berucap bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih lagi ahli UMNO dan menyokong Perhimpunan Bersih 2012.

Di dalam PAS[sunting | sunting sumber]

Akhirnya 12 Ogos 2012 beliau secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama. Beliau berkata, beliau kini bersedia "mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.[5]

Pengerusi MARA[sunting | sunting sumber]

Dato' Tamrin pernah menjadi pengerusi MARA dari 15 Januari 1991 hingga 12 Januari 1993.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Dakwaan menculik adik sebapa[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Januari 2003, bekas isteri bapanya (mak tiri), Dayang Heryati binti Abdul Rahim membuat dakwaan di dalam permohonan habeas corpus difailkan di mahkamah melalui peguam Karpal Singh mendakwa beliau menculik anaknya Kartika Sri, 6 tahun dan mengeluarkan kata-kata kesat dan memukulnya semasa berlakunya pertengkaran.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]