Pengguna:Youth.pkbu/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Puan

Jamaliah Jamaluddin

Fail:Jamaliah Jamaluddin.jpg
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Bandar Utama
Memegang jawatan
26 Jun 2018
Didahului olehYeo Bee Yin (DAP-PH)
Majoriti38,561 (90.45%)
Butiran peribadi
Lahir16 Mac 1989
KerakyatanMalaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik
Alma materNorthwood University, Midland, Michigan
PekerjaanAhli Politik
Laman web rasmijamaliahjamaluddin.com

Jamaliah Jamaluddin (Jawi: جمالية جمال الدين ; Cina: 嘉玛莉亚; pinyin: Jiā mǎ lì yà) merupakan ahli politik Malaysia daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah salu parti komponen dalam parti pemerintah, Pakatan Harapan (PH). Beliau kini sedang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kerusi DUN Bandar Utama.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Jamaliah Jamaluddin dilahirkan di Lembah Klang pada 16 Mac 1989. Beliau merupakan anak perempuan tunggal bagi pasangan Jamaluddin Ibrahim dan *. Kecenderungan beliau dalam politik tercetus sejak remaja lagi dan banyak dipengaruhi oleh ayahnya, Jamaluddin Ibrahim, yang merupakan hos radio dan kolumnis terkenal. Jamaliah juga terkenal sebagai cucu Shamsiah Fakeh, nasionalis tersohor negara, feminis dan ketua perajurit Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Berkelulusan Kelas Pertama dalam Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Malaysia, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Northwood, Amerika Syarikat. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam Pengajian Perniagaan dan penghormatan Magna Cum Laude.

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan beliau dalam arena politik bermula sejak tahun 2015, apabila beliau menjadi salah seorang sukarelawan Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP). Tahun berikutnya, beliau telah dipilih untuk menjawat sebagai Ahli Majlis di bawah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ). Di samping itu, beliau turut berkhidmat sebagai pembantu khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Damansara Utama, Yeo Bee Yin. Beliau terus menyandang kedua-dua jawatan tersebut sehingga tahun 2018.

Pada tahun 2018, Jamaliah dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, mewakili DAP buat julung kalinya, dan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Bandar Utama. Beliau berjaya menawan 90.4% undi penduduk dengan majoriti 38,561, sekaligus menjadikan beliau antara wakil rakyat termuda dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Setelah diberi mandat oleh rakyat, Jamaliah berhasrat untuk menujukan fokus terhadap isu-isu hangat, terutamanya menangani masalah perkauman, dan pemberdayaan pemuda.

Kini, Jamaliah juga menyandang jawatan sebagai Naib Ketua dan Wakil Bendahari Nasional bagi Pemuda Sosialis DAP (DAPSY). Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor.

Keputusan Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Selangor: N36 Bandar Utama

Tahun Kerusi Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Jumlah Undian Majoriti % Pengundi
2018 Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin (DAP -PH) 38,561 90.45% Ch'Ng Soo Chau (BN) 3,882 9.11% 42,631 34,679 83.65%
Chong Fook Meng (IND) 188 0.44%