Bandar Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bandar Utama ialah sebuah petempatan di mukim Damansara daerah Petaling di negeri Selangor, Malaysia. Secara amnya bandar ini ialah kawasan perumahan, tetapi juga dijadikan tempat terletaknya Pusat Beli-belah 1 Utama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sehingga tahun 1991, kawasan Bandar Utama hanya terdiri daripada dusun kelapa sawit. Pada awal 1990-an, bermulanya pembangunan di Bandar Utama di bawah See Hoy Chan Holdings Sdn. Bhd., dan satu cubaan untuk memodenkan kawasan ini dilakukan, bermula dengan pembukaan stesen penyiaran TV3 di Bandar Utama, serta juga 1 Utama yang makin dikenali ramai setelah rangkaian kedai serbaneka Jaya Jusco memindahkan cawangannya di kawasan sempadan Kuala Lumpur-Selangor dari lokasi asalnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ke Bandar Utama pada tahun 1995.

Dengan pembukaan sekolah-sekolah pada tahun 1997 dan 1998, serta juga penubuhan Kolej Bandar Utama, Bandar Utama terus berkembang. Seperti pada tahun 2004, pembinaan kawasan perumahan BU7, BU10 dan BU6 (yang terdiri daripada rumah 2 1/2 tingkat) telah disiapkan. Ini merupakan seksyen-seksyen baru Bandar Utama berbanding dengan seksyen lama, BU1 hingga BU4, yang disiapkan secara berfasa dari tahun 1991 hingga 1996.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bandar Utama yang luasnya kira-kira 1000 ekar (4 km²), dibahagi kepada 12 seksyen yang merangkumi BU1 hingga BU12. Seksyen-seksyen ini dihubungkan oleh jalanraya yang diberi nama seakan-akan nombor bersiri, contohnya Jalan BU2/5 yang mana BU2 merujuk kepada seksyen dan 5 ialah nombor jalan.

Sebatang jambatan di atas Lebuhraya Lembah Kelang Utara (NKVE) menghubungkan kedua-dua belah Bandar Utama, iaitu seksyen BU1-BU10 dan BU11-BU12, yang dipisahkan oleh NKVE.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]