Pensi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pensi
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Mollusca
Kelas: Bivalvia
Order: Venerida
Superkeluarga: Cyrenoidea
Keluarga: Cyrenidae
Genus: Corbicula
Spesies:
C. moltkiana
Nama binomial
Corbicula moltkiana
Prime, 1878[1]
Sinonim[1]
  • Corbicula gibba E. von Martens, 1897
  • Corbicula lacustris E. von Martens, 1897
  • Corbicula sumatrana Clessin, 1887

Pensi (Corbicula moltkiana)[2][3] ialah spesies kepah air payau iaitu spesies moluska air dwicangkerang dalam keluarga Cyrenidae yang tempatan dari Sumatera.[1] Kepah ini berukuran kecil dan mempunyai cengkerang kehitaman hingga hitam kekuningan.[4]

Pensi ini lebih ringan, kurang menggembung, kurang membulat pada sisi melintangnya dan mempunyai garitannya yang kurang menjauh (berbanding dengan Corbicula ducalis).[5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pensi dijadikan suatu kudapan yang istimewa di Sumatera Barat khususnya dalam masakan Minangkabau. Pensi ditangkap dan dijual di beberapa kawasan pasar untuk dijadikan lauk-pauk, dan sesuai untuk ditumis atau digulai. Tumis dan gulai pensi ini mempunyai rasa yang pedas dan asin bergantung pada cara memasaknya.[4]

Pensi turut dikaji keberkesanannya menyerap ion kadmium (III) dan kromium (VI) dalam air buangan untuk membantu mengurangkan kandungan ion-ion tersebut.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Etak, sejenis kepah air tawar.
  • Lokan, sejenis kepah besar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c MolluscaBase eds. (2022). MolluscaBase. Corbicula moltkiana Prime, 1878. Dicapai melalui: World Register of Marine Species di: https://www.marinespecies.org/aphia.php?p=taxdetails&id=1358292 pada 2022-08-05
  2. ^ a b Rahmiana Zein; S. Syukri; M. Muhammad; I. Pratiwi; D. R. Yutaro (2018). "The ability of Pensi (Corbicula moltkiana) shell to adsorb Cd(II) and Cr(VI) ions" [Kebolehan Cengkerang Pensi (Corbicula moltkiana) menyerap ion Cd(II) dan Cr(VI)]. AIP Conference Proceedings (dalam bahasa Inggeris). 2023 (1). doi:10.1063/1.5064096. 020099.
  3. ^ "pensi". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  4. ^ a b Rahmadila Eka Putri (7 Disember 2020). "5 Fakta Pensi, Kudapan Kerang dari Perairan Minang". IDN TIMES (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-08-06.
  5. ^ Prime, T. (1878). Description of a new species of Corbicula, with notes on other species of the Corbiculadæ family. Bulletin of the Museum of Comparative Zoology. 5: 43-46., ada dalam talian di https://www.biodiversitylibrary.org/page/30295646