Bivalvia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bivalvia (Dwicangkerang)
Julat zaman: Kambria awal – kini[1]
Acephala dari Kunstformen der Natur Ernst Haeckel, 1904
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Moluska
Kelas: Bivalvia
Linnaeus, 1758
Subkelas

lihat teks

Bivalvia adalah kelas dalam moluska yang mencakupi semua kerang-kerangan: memiliki sepasang cengkerang (nama "bivalvia" bererti dwicangkerang). Nama lainnya adalah Lamellibranchia, Pelecypoda, atau bivalva. Ke dalam kelompok ini termasuk berbagai kerang, kupang, etok, remis, kijing, lokan, kapis, tiram, serta kima; meskipun kelainan di dalam bivalvia sebenarnya sangat luas.

Kerang-kerangan banyak bermanfaat dalam kehidupan manusia sejak zaman purba. Dagingnya dimakan sebagai sumber protein. Cangkerangnya dimanfaatkan sebagai perhiasan, bahan kerajinan tangan, bekalan kubur, serta alat pembayaran (bahan mata wang) pada masa lampau. Mutiara dihasilkan oleh beberapa jenis tiram. Pemanfaatan moden juga menjadikan kerang-kerangan sebagai biofilter terhadap pencemaran.

Sistematik[sunting | sunting sumber]

Klasifikasi berikut adalah berdasarkan klasifikasi Newel (1965) yang didasarkan pada morfologi. Hingga sekarang belum tersedia filogeni yang dapat dipercayai sepenuhnya. Beberapa kelompok diketahui parafiletik, terutama Anomalodesmata. Terdapat pula sistematik alternatif berdasarkan morfologi insang dari Franc (1960) dan disebutkan bila perlu pada daftar di bawah. Franc memisahkan Septibranchia dalam kelompok tersendiri, meskipun secara molekularnya membuatkan Eulamellibranchia menjadi parafiletik.

Subkelas Palaeotaxodonta (Protobranchia menurut Franc)

Subkelas Cryptodonta (Protobranchia menurut Franc)

Subkelas Pteriomorphia (tiram, kupang, dll., Filibranchia menurut Franc)

Subkelas Paleoheterodonta (Eulamellibranchia menurut Franc)

Subkelas Heterodonta (mencakupi remis, lokan, dan kerang-kerang yang biasa dikenali, Eulamellibranchia menurut Franc)

Subkelas Anomalodesmata ((Eulamellibranchia menurut Franc)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. doi:10.1080/03115518008618934
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  • Franc, A. (1960): Classe de Bivalves. In: Grassé, Pierre-Paul: Traite de Zoologie 5/II.
  • Newell, N.D. (1969): [Bivalvia systematics]. In: Moore, R.C.: Treatise on Invertebrate Paleontology Part N.
  • Jay A. Schneider (November 2001). "Bivalve Systematics During the 20th Century". Journal of Paleontology 75 (6): 1119–1127. doi:10.1666/0022-3360(2001)075<1119:BSDTC>2.0.CO;2. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]