Penyentuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Contactor NCH8-63.JPG

Penyentuh ialah sejenis peranti elektrik yang berfungsi sebagai suis untuk membuka atau menutup litar elektrik kuasa menggunakan arus elektrik. Ia mungkin beroperasi secara elektromagnet, elektropneumatik atau mekanik.[1]

Penyentuh mempunyai banyak bentuk dengan kapasiti dan ciri-ciri yang perbagai. Tidak seperti pemutus arus, penyentuh tidak digunakan untuk menyampuk arus litar pintas. Julat arus pemutusnya ialah daripada beberapa ampere sehinggalah beribu-ribu ampere dan 24 V DC sehinggalah banyak kilovolt. Besarnya pula ialah daripada sekecil genggaman tangan sehinggalah sebesar lebih kurang se-meter pada satu bahagiannya.

Binaan[sunting | sunting sumber]

Penyentuh ada tiga komponen iaitu sesentuh, elektromagnet atau gegelung, dan kurungan. Sesentuh, sama ada ia sesentuh kuasa, sesentuh bantu, atau spring sesentuh ialah bahagian penyentuh yang mengalirkan arus. Gegelung pula membekalkan daya untuk membolehkan sesentuh ditutup. Kurungan ialah rumah bagi sesentuh dan gegelung. Ia diperbuat daripada bahan penebas seperti Bakelite, Nylon 6, dan plastik termoset untuk melindung dan menebat sesentuh di samping mencegah seseorang daripada menyetuh atau tersentuh sesentuh. Penyentuh berangka terbuka mungkin mempunyai pengurung tambahan bagi mencegah debu, minyak, letupan dan cuaca.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Geganti

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.