Perang Punic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Empayar Carthage sepanjang peperangan Punic

Perang-perang Punic adalah satu serangkaian dari tiga peperangan yang berlaku di antara Rom dan Carthage bermula pada 264 sehingga 146 SM.[1] Pada waktu itu, perang ini mungkin merupakan perang-perang terbesar yang pernah terjadi.[2] Istilah Punic berasal dari perkataan Latin Punicus (atau Poenicus), bermaksud "orang Carthage", dengan merujuk Carthage kepada keturunan Phoenicia.

Sebab utama terjadinya perang-perang Punic adalah pertikaian kepentingan antara Empayar Carthage yang telah wujud dengan Republik Rom yang sedang berkembang. Awalnya, Rom berminat untuk meluaskan empayar melalui Sicily (yang mana pada ketika itu adalah sebuah satu pelebur budaya), sebahagian darinya berada di bawah kawalan Carthage. Pada permulaan Perang Punic Pertama, Carthage adalah sebuah kuasa dominan di Mediterranean Barat, dengan empayar maritim yang luas, sementara Rom pula sebuah kuasa yang meningkat naik dengan pantas di Itali, tetapi kekurangan kuasa laut berbanding Carthage. Pada akhir Perang Punic Ketiga, selepas lebih dari seratus tahun dan kematian beratus ribu tentera dari kedua-dua belah pihak, Rom telah menakluk empayar Carthage dan membinasakan kotanya, menjadi negara yang paling berkuasa di Mediterranean Barat. Dengan tamatnya Perang-perang Macedonia — yang mana berlaku serentak dengan perang-perang Punic — dan kekalahan Raja Seleucid Antiochus III Si Agung dalam Perang Rom–Syria (Perjanjian Apamea, 188 SM) di laut timur, Rom menjadi sebuah kuasa dominan Mediterranean dan salah satu daripada kota-kota paling berkuasa di dunia klasik.

Kemenangan Rom ke atas Carthage dalam peperangan ini memberi Rom satu status keunggulan sehingga kurun ke-5.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Chris Scarre, "The Wars with Carthage," The Penguin Historical Atlas of Ancient Rome (London: Penguin Books, 1995), 24-25.
  2. Goldsworthy, The Punic Wars, p. 13

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Ancient Roman Wars