Perang kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perang kimia menggunakan bahan-bahan kimia yang merbahaya sebagai senjata perang. Bahan-bahan ini boleh membunuh ramai orang dan dianggap sebagai senjata pemusnah besar, selain senjata nuklear dan biologi. Senjata kimia dibuat daripada sebatian kimia beracun, sementara senjata biologi menggunakan mikroorganisma hidup. Senjata yang mengandungi bahan kimia beracun daripada organisma hidup dikenali sebagai senjata toksin dan kadangkala dikelaskan berasingan. Senjata kimia boleh menyebabkan kecedaraan dalam beberapa cara. Kebanyakan kecederaan atau kematian disebabkan mangsa menghidu, bersentuh dengan kulit atau pun memakan makanan yang dicemari.

Serangan kimia selalunya melibatkan pelepasan bahan-bahan ini ke udara. Ini boleh dilakukan dengan banyak cara seperti melepaskan tembakan ke udara, atau menggunakan kapal terbang untuk menyemburkan bahan-bahan ini. Jika dilepaskan di luar, senjata kimia boleh dipengaruhi dengan keadaan cuaca. Hujan contohnya boleh mengurangkan keberkesanan bahan-bahan ini, dan angin boleh meniup ia ke tempat lain. Pada abad ke-20, senjata kimia digunakan dengan meluas hanya semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Iran-Iraq (1980-1988). Serangan bahan sarin di tren bawah tanah di Tokyo pada tahun 1995 juga serangan kimia pengganas.