Pertubuhan Larangan Senjata Kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertubuhan Larangan Senjata Kimia

Ibu pejabat OPCW di The Hague
Ibu pejabat OPCW di The Hague

Negara anggota OPCW (hijau)
Negara anggota OPCW (hijau)

Penubuhan 29 April 1997
Ibu pejabat The Hague, Belanda
52°05′28″U 4°16′59″T / 52.091241°U 4.283193°T / 52.091241; 4.283193Koordinat: 52°05′28″U 4°16′59″T / 52.091241°U 4.283193°T / 52.091241; 4.283193
Keahlian 190 negara anggota
Semua negara terbabit dengan CWC menjadi anggota secara automatik.
(Pengecualian: lihat keanggotaan)
Bahasa rasmi Inggeris, Perancis, Rusia, Cina, Sepanyol, Arab
Ketua pengarah Ahmet Üzümcü[1]
Organ rasmi Conference of the States Parties
Executive Council
Technical Secretariat
Belanjawan €74 juta [2]
Kakitangan ~ 500[2]
Laman sesawang opcw.org

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons, OPCW) ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang berperanan menggalakkan negara-negara di dunia memeterai dan mengimplementasikan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997. Konvensyen ini menjanjikan penghapusan senjata kimia buat selama-lamanya demi keselamatan dunia. OPCW juga memberi bantuan kepada negara-negara yang mewarisi bahan kimia dari masa silam untuk menghapuskannya.

Pertubuhan ini bukan merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, namun bekerjasama dalam isu dasar dan praktikal. Pada 7 September 2000, OPCW dan PBB telah menandatangani suatu persetujuan kerjasama.[3]

Pertubuhan ini dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2013 kerana ia telah, dengan Konvensyen Senjata Kimia,[4] "mentakrifkan penggunaan senjata kimia sebagai pantang larang di bawah undang-undang antarabangsa" menurut Thorbjørn Jagland, Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway.[5][6]

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

Kesemua 190 pihak yang terbabit dengan Konvensyen Senjata Kimia secara automatik merupakan anggota OPCW[7] Namun terdapat pengecualian bagi Israel dan Myanmar, which yang tidak meratifikasi CWC walaupun menandatanganinya. Selain itu Angola, Korea Utara, Mesir dan Sudan Selatan yang tidak pernah menyertai CWC.[8] Syria ialah negara terbaharu yang menyerahkan surat cara penerimaan terhadap perjanjian ini berikutan rangka kerja penghapusan senjata kimia Syria pada September 2013.[9][10] Langkah ini diambil selepas laporan penggunaan senjata kimia dalam perang saudara Syria.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Negara Nama Mula penggal
Flag of Brazil.svg Brazil José Bustani 13 Mei 1997[11]
Bendera Argentina Argentina Rogelio Pfirter 25 Julai 2002[12]
800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki Ahmet Üzümcü 25 Julai 2010[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Oliver Meier dan Daniel Horner. "OPCW Chooses New Director-General", Arms Control Association, November 2009. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NTI1 tidak disediakan
  3. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution session 55 (retrieved 21 Ogos 2007)
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NYT-20131011 tidak disediakan
  5. "Syria chemical weapons monitors win Nobel Peace Prize". BBC News. 2013-10-11. http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-24490925. Capaian 2013-10-12. 
  6. "Official press release from Nobel prize Committee". Nobel Prize Organization. 11 Oktober 2013. http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/peace/laureates/2013/press.html. Capaian 11 Oktober 2013. 
  7. OPCW Member States
  8. Non-Member States
  9. "Reference: C.N.592.2013.TREATIES-XXVI.3 (Depositary Notification)". Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2013-09-14. http://treaties.un.org/doc/Publication/CN/2013/CN.592.2013-Eng.pdf. Capaian 2013-09-14. 
  10. "Syria Serahkan Senarai Senjata Kepada OPCW", mynewshub, 22 September 2013. Dicapai pada 23 September 2013. 
  11. A Stanič (2004). "Bustani v. Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons". The American Journal of International Law 98 (4): 810. JSTOR 3216704. 
  12. "Speech of Dr. Rogelio Pfirter, Director-General of the OPCW 16 September 2008". Netherlands Institute for International Relations. 22 September 2008. http://www.clingendael.nl/events/20080916/. Capaian 24 April 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]