Perayaan Bakatue

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perayaan Bakatue
Perayaan Bakatue

Perayaan Bakatue disambut oleh ketua agung atau raja dan rakyat Elmina di Kawasan Tengah, Ghana.[1][2] Perayaan ini diadakan sejak tahun 1847, disambut pada hari Selasa pertama pada bulan Julai setiap tahun.[1]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Orang Belanda melaporkan kewujudan festival sejak seawal tahun 1847 dan telah menyebut dalam sebuah laporan oleh Gabenor Cornelis Nagtglas pada tahun 1860.[3] Perkataan "bakatue" bermaksud bersambung dengan ke laut. Perayaan Bakatue merupakan penanda permulaan musim perikanan dan juga sebagai perayaan berdoa. Ianya boleh dikatakan sebagai perayaan terbesar di Ghana.[2][4]

Program aktiviti[sunting | sunting sumber]

Isnin[sunting | sunting sumber]

Pada hari Isnin, semua persiapan untuk menyambut perayaan Bakatue disiapkan.[5]

Selasa[sunting | sunting sumber]

Selasa dipilih kerana dianggap sesuai sebagai hari untuk dewa laut.[6] Seperti di Elmina, seperti di banyak komuniti nelayan di Ghana, nelayan tidak akan pergi ke laut pada hari Selasa untuk menghormati dewa laut.[5]

Apabila perayaan berlangsung, ketua agung atau raja dan ketua-ketua kecilnya dan seluruh rakyat di Elmina akan menawarkan festival suci makanan telur dan ubi kayu yang dicampurkan dengan minyak kelapa sawit kepada Nana Brenya, dewa sungai, dan berdoa untuk kedamaian.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Festivals in Ghana". www.ghanaweb.com. Dicapai pada 27 December 2011.
  2. ^ a b "Vol 1: Afrika". Keluarga Bakhil; Menyelongkar Misteri Afrika [versi Bahasa Melayu]. Exact Publisher Sdn. Bhd. m/s. 57. ISBN 9789673502851.
  3. ^ Doortmont, Michel René; Smit, Jinna (2007). Sources for the Mutual History of Ghana and the Netherlands: An Annotated Guide to the Dutch Archives Relating to Ghana and West Africa in the Nationaal Archief, 1593-1960s. BRILL. m/s. 285. ISBN 90-04-15850-2.
  4. ^ "Bakatue". www.ghananation.com. Dicapai pada 29 December 2011.
  5. ^ a b c "Edina Bakatue Festival". www.ghanaexpeditions.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2012. Dicapai pada 29 December 2011.
  6. ^ "Bakatue festival". pathghana.com. Dicapai pada 29 December 2011.