Telur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Telur dari pelbagai burung, satu reptilia, pelbagai ikan berawan, satu sotong dan pelbagai rama-rama dan kupu-kupu. (Klik untuk senarai)

Telur (Latin, ovum) merupakan zigot yang dihasilkan melalui pensenyawaan terhadap ovum. Telur merupakan berongga yang organik di mana satu embrio haiwan yang pertama sedang membentuk. Telur boleh membentuk dengan sendiri di luar rahim ibunya. Telur mempunyai embrio yang sedang membentuk sehingga ia selamat menetas sambil berhadapan dengan bahaya. Kebanyakan artropod, vertebrat, dan moluskaadalah bertelur. Sesetengah haiwan ini mengekalkan telur disenyawakan di dalam betina, cth. kala jengking dan kebanyakan mammalia, dan melahirkan anak tanpa menggunakan rahim.

Sebiji telur bunrung unta yang beratnya 1.5 kg (3.3 lb) adalah yang terbesar dan terberat masa kini sedangkan pada zaman purbakala, Aepiornis dan beberapa dinosaur yang lain mempunyai telur jauh lebih besar. Seekor Bee Hummingbird terkenal kerana menghasilkan telur yang terkecil iaitu hanya setengah gram. Telur-telur diletakkan oleh beberapa reptilia dan kebanyakan ikan mungkin lebih kecil, dan beberapa serangga dan lain-lain invertebrat mungkin jauh lebih kecil.


Haiwan Ovipar adalah haiwan yang bertelur, dengan sedikit atau tiada langsung pembentukan lain dalam ibunya.

Istilah "telur" digunakan secara berbeza di luar alam haiwan, untuk sel telur (kadang-kadang dipanggil ovum). Struktur pembiakan serupa dengan telur dalam lain alam dipanggil spora, atau (dalam spermatofit) benih.

Bahagian selebihnya rencana ini dikhaskan untuk perbincangan mengenai telur amniot.


Telur reptilia, telur burung, dan telur monotrem, yang bertelur di luar air, dikelilingi oleh perlindungan cangkerang, sama ada fleksibel atau tidak fleksibel. Membran khas yang menyokong telur ini adalah sifat-sifat semua amniot, termasuk mamalia s. Telur diletakkan di atas tanah atau di sarang biasanya disimpan dalam julat suhu yang sesuai (suam) sambil embrio berkembang. Apabila embrio berkembang secukupnya ia keluar daripada cengkerang telur itu. Proses keluar dari telur dikenali sebagai penetasan (hatching). Haiwan bayi yang baru sahaja menetas adalah anak tetasan (hatchlings), walaupun nama-nama standard untuk bayi spesies tertentu terus terpakai, seperti anak ayam untuk bayi ayam. Sesetengah embrio mempunyai gigi telur sementara yang boleh digunakan untuk meretak, mematuk, atau memecahkan kulit telur atau penutup.


Kajian atau mengumpul telur, terutamanya telur burung, dipanggil oologi.


Telur dari pelbagai kumpulan haiwan[sunting | sunting sumber]

Telur burung[sunting | sunting sumber]

Telur yang dihasilkan oleh burung dieram pada tempoh yang berbeza-beza, mengikut spesiesnya; seekor anak burung ditetas daripada setiap biji telur. Saiz sangkak purata berbeza-beza antara sebiji, umpamanya untuk kondor, sehingga lebih kurang 17 untuk burung Perdix perdix (bahasa Inggeris: Grey Partridge ). Sebilangan burung bertelur walaupun telurnya tidak disenyawakan; tidaklah luar biasa untuk para pemilik burung kesayangan untuk menemukan burung tunggal mereka menetas telur-telur yang mandul.

Kegunaan telur bagi manusia[sunting | sunting sumber]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Telur ayam, jenis telur yang paling biasa dipergunakan sebagai makanan.
Telur burung unta.

Telur-telur burung merupakan sumber makanan yang biasa, khususnya telur ayam, itik, dan angsa, tetapi telur-telur yang lebih kecil seperti telur puyuh kekadang juga digunakan sebagai satu ramuan gourmet, sebagaimana dengan telur burung unta yang terbesar.

Telah diketahui bahawa hanya ayam betina yang mampu menghasilkan telur. Tetapi amat kurang pengetahuan masyarakat bahawa kebanyakan telur ayam betina perdagangan yang bertujuan untuk dimakan manusia tidak disenyawakan kerana peneluran berlaku tanpa kehadiran ayam jantan. Ayam betina mampu bertelur walaupun tanpa mengawan dengan ayam jantan. Ayam betina tetap menghasilkan telur ayam yang boleh dimakan dan berkhasiat. Cuma perbezaannya telur yang tidak disenyawakan tidak mampu hidup subur walaupun diperam untuk menghasilkan anak ayam, manakala telur yang tersenyawa mampu menetaskan anak ayam. Persenyawaan telur dalam ovari ayam betina mestilah berlaku sebelum telur menjadi matang. Telur-telur subur juga dapat dibeli dan dimakan, tanpa sebarang perbezaan khasiatnya. Telur tersebut tidak mengandungi embrio kerana penyejukan melarang sebarang pertumbuhan sel.[1]

Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan, baik yang manis mahupun yang tidak. Telur juga boleh dijeruk, direbus keras dan disejukkan, atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk mereka yang mudah terjejas oleh salmonela, umpamanya orang tua, orang uzur, dan wanita yang mengandung. Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah. [2]

Telur masak dapat dibezakan daripada telur mentah tanpa memecahkan kulitnya melalui memutarkan telur tersebut. Inersia kandungan cecair telur mentah akan menghentikan pemutaran dalam tiga putaran. Kandungan telur rebus keras adalah pepejal kerana penyahaslian protein.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Sebilangan Tradisi popular di sesetengah tempat di dunia meraikan Easter (Hari Paskah) adalah dengan mendekorasi kulit telur yang sepenuh masak(pada kebiasaannya dekorasi dibuat dengan menggunakan taktik dyeing tetapi kadangkala turut menggunakan taktik semburan lukisan).Orang dewasa akan menyorokkan telur yang sudah didekorasi lalu meminta untuk kanak-kanak mencarinya,aktiviti ini digelar sebagai “Pencarian Telur Easter”.Tradisi mendekorasi warna telur turut mendapat sambutan perayaan masyarakat Parsi disesetengah tempat didunia, Misalnya perayaan Sambutan Tahun Baharu Parsi yang digelar Norouz sebelum Musim Bunga Ekuinoks,melalui perayaan ini setiap daripada ahli keluarga akan mendekorasi kulit telur sepenuh masak dan seterusnya menghimpunkan kesemua telur-telur itu dalam mangkuk.

Selain telur sebagai bahan makanan, kadangkala telur juga dibuat bahan balingan kearah rumah,kereta, dan orang ramai.Adegan ini pada kebiasaannya berlaku tatkala untuk meraikan sambutan Hari Halloween atau Hari Lahir Seseorang.Perkara ini biasanya dikenali sebagai Egging(Penteluran) dalam kebanyakan Negara-negara pertuturan Bahasa Inggeris (English-speaking countries), perbuatan seperti ini dianggap sebagai Minor Vandalism kerana kesan negetif yang mungkin diterima dari putih telur mampu merosakkan dinding rumah selain melunturkan warna kerena,juga mampu menyebabkan masalah mata yang serius jika terkena pada mata.Selain dari itu, telur juga turut menjadi bahan balingan untuk menandakan protes dan tunjuk perasaan bagi sesuatu perkara.

Dalam budaya Islam pula, telur seringkali digunakan bagi bahan makanan yang bermutu dan menyihatkan selaras dengan etika pemakanan kesihatan Islam. Di negara Arab misalnya telur dijadikan bahan tambahan dalam proses membuat roti dan sebagainya. Bagi budaya masyarakat Melayu Islam pula, telur sepenuh masak pula dijadikan bahan buah tangan dan cenderahati kepada hadirin yang hadir dalam majlis perkahwinan seseorang.

Telur juga turut dijadikan bahan mujarab tradisional dalam menyembuhkan pelbagai penyakit misalnya pada penyakit sakit perut dan lemah badan. Telur juga turut menjadi medium perawatan dalam sesetengah penyakit mistik seperti saka yang berkaitan dengan serangan makhluk halus seperti Jin dan syaitan.

Telur tiruan[sunting | sunting sumber]

Telur tiruan merupakan telur buatan manusia yang dibuat seakan-akan sama dengan telur asli ayam yang dikeluarkan secara ternakan konvensional atau alternative tradisional.

Kulit telur tiruan dibuat sepenuhnya dari campuran, kalsium klorida, kalsium karbonat dan lilin paraffin. Manakala bahagian kuning telur dan putih telur diperbuat dari bahan kimia dan protin gantian dengan campuran Natrium alginate, Alum, Gelatin, Asid Benzoik, Kalsium klorida dan pewarna lemon tiruan.

Telur tiruan berbentuk besar dan bujur sama seperti telur ayam gred A. Namun apabila dimasak ianya tidak berasa telur, tidak berbau hanyir walaupun betuk isi telur itu sama seperti telur biasa yang sudah dimasak.

Struktur kuning telur amat lembut sehinggakan sesudah telur tiruan dipecahkan ia langsung bercampur dengan putih telur dan keadaannya lebih berair, berbuih dan cair. Kuning telur berwarna kuning pekat.

Jika telur digoncang, ia akan lebih kuat berbunyi kerana kandungan air lebih banyak.

Bila telur tiruan digoreng, ia lebih cepat mengembang dan mudah meletup dengan banyak.

Kulit telur tiruan lebih licin dan berkilat, tidak kasar seperti kulit telur ayam tulen.

Kandungan asid benzoik dan alum dalam telur tiruan boleh menyebabkan kerosakan sel saraf, sel otak dan penyakit hati yang teruk jika pemakan terus memakannya.

Kes telur tiruan[sunting | sunting sumber]

Pada April 2011, Malaysia telah digemparkan dengan dakwaan kewujudan telur tiruan yang berleluasa di pasaran tempatan, Bandaraya Georgetown Pulau Pinang merupakan lokasi pertama yang dikenal pasti menjalankan kegiatan penjualan telur tiruan. Ini berikutan dakwaan mengejut dari Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris yang berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur tiruan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya. Suri rumah itu juga mendakwa telur tiruan tersebut dibeli dari Pasar Pulau Tikus.[3]

Ekoran dari laporan akhbar, media dan radio di Malaysia, pelbagai pihak berwajib telah menjalankan siasatan dan rampasan ke atas ratusan sampel telur di Pasar Pulau Tikus untuk dijalankan kajian analisa makmal. Pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menerusi Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin telah mengarahkan ratusan sampel telur dari Pasar Pulau Tikus dihantar ke makmal Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya untuk dianalisis. Selain itu Pejabat Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang juga telah merampas 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan untuk dijalankan analisis kimia dan pengesahan ketulenan.[4]

Telur-telur tiruan itu juga dipercayai berasal dari negara China yang dibawa masuk ke negara Malaysia secara haram.

Berikutan dari kes tersebut Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia Datuk Tan Lian Hoe telah mengarahkan semua bahagian penguatkusaan kementerian tersebut menjalankan operasi pemeriksaan besar-besaran bagi semua aktiviti penjualan telur tiruan di Negara Malaysia. Berdasarkan peruntukan perundangan di Malaysia mengikut Akta Perihal Dagangan 1972, mana-mana pesalah yang menjual barangan palsu boleh didenda sehingga RM 100,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Localharvest.org. 2011. Facts about Fertilized Chicken Eggs : Fertile Chicken Eggs | Chicken Egg Incubators. (dalam talian) Boleh diperolehi dari: http://www.localharvest.org/blog/26992/entry/facts_about_fertilized_chicken_eggs (Dicapai pada: 15 Ogos 2013)
  2. Evenepoel, P., Geypens, B., Luypaerts, A., Hiele, M., Ghoos, Y., & Rutgeerts, P. (1998). Digestibility of Cooked and Raw Egg Protein in Humans as Assessed by Stable Isotope Techniques. The Journal of Nutrition, 128 (10), 1716-1722. petikan
  3. Thursday April 7, 2011, Homemaker shocked over ‘fake eggs’ find.
  4. Thursday April 7, 2011 MYT 7:15:09 PM, 'Fake' eggs seized from Pulau Tikus market, By JOSEPHINE JALLEH
  5. Stalls raided over fake eggs, 2011/04/08, By Lee Keng Fatt.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi