Perbincangan:Badak sumbu putih

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perbincangan:Badak Sumbu Putih)

Ada bukti bahawa nama saintifik badak ini ialah Ceratotherium simim? Menurut Kamus Dewan, Badak Sumbu dan Badak Raya adalah sama sahaja.—Aviator, 02:44, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Saya mempunyai capaian yang amat perlahan, tak sempat mengemas kini dengan cepat. Sila rujuk pautan di bawah. Badak tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili Rhinocerotidae. Terdapat dua subfamili badak iaitu yang mempunyai satu sumbu dan yang mempunyai dua sumbu. Lima spesies badak yang ditemui iaitu Badak Hitam Diceros bicornis, Badak Putih Ceratotherium simum di Afrika, Badak Kerbau Dicerorhinus sumatrensis, Badak India Rhinoceros unicornis dan Badak Raya Rhinoceros sondaicus di Asia. Perkataan rhinoceros bermaksud ‘hidung yang mempunyai tanduk’. Ini amat bersesuaian memandangkan hanya spesies badak yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.

Rujukan http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kmaklumat/badak.pdf Yosri (bincang) 09:30, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Mereka tak kata pula kan bahawa "badak sumbu" dan "badak raya" tak sinonim? Tengok KDE4 pula, ya. Saya petik:
badak sj binatang mamalia dlm famili Rhinocerotidae, yg berkulit tebal dan bersumbu;
~ air sj binatang mamalia yg besar dlm famili Hippopotamidae, Hippopotamus amphibius;
~ air kerdil, Choeropsis liberiensis;
~ gajah = ~ raya = ~ sumbu sj badak, Rhinoceros sondaicus;
~ kerbau = ~ berendam = ~ sumatera badak yg bersumbu dua, Dicerorhinus sumatrensis;
~ tampung = ~ murai tenuk, cipan, Tapirus indicus;
"Badak sumbu" tak bermaksud "badak yang memiliki sumbu" kerana "badak" saja sudah pun merujuk kepada Rhinocerotidae. Mungkin "sumbu" dalam "badak sumbu" ditambah untuk pengkhususan kepada Rhinoceros sondaicus.
Badak sumbu putih: apa itu? Kacukan badak sumbu dan badak putih? Anda perlu tukar balik tajuk rencana ini menjadi "badak putih".—Aviator, 10:15, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]


Sebenarnya badak sumbu merujuk kepada badak bersumbu bukan badak air. Badak putih itu pula merujuk kepada spesies badak sumbu yang bewarna lebih cerah (bukan balar). Badak putih boleh dilencongkan sahaja. Yosri (bincang) 11:11, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Kalau Perhilitan dah beri nama badak putih dan DBP beri nama badak putih juga, guna sajalah nama itu. Kemudian, dalam rencana itu anda boleh nyatakan yang badak putih ialah spesis badak, yang memiliki sumbu di atas hidung dan berwarna keputihan.
"Badak air" bukannya "badak" secara teknikal akan tetapi pada gelarannya sahaja. Sama juga dengan "badak tampung" yang sebenarnya hanya seekor cipan. Haha. Dah orang Melayu panggil begitu. Saya rasa baik buatkan satu laman nyahkekaburan. Di situ barulah boleh senaraikan badak yang "sekadar pada nama", seperti badak air dsb, sebab badak-badak ini tidak tergolong dalam famili Rhinocerotidae. Kemudian, di laman Badak, tambah: Rencana ini adalah mengenai haiwan dalam famili Rhinocerotidae. Untuk maksud lain, sila lihat Badak (nyahkekaburan), atau lebih kurang macam itu.—Aviator, 11:27, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]


Hummm... Sebenarnya begini. Saya tidak mahu menukar nama Melayunya. Jadi pecahannya saya guna:-
      • Family Tenuk / Badak Tampung (Tapiridae): tapirs, 4 species in one genus
      • Family Badak Sumbu (Rhinocerotidae): rhinoceroses, 5 species in 4 genera

Berkenaan badak putih/hitam, ia tidak terdapat di Malaysia, jadi nama tersebut adalah nama terjemahan Black Rhino (Badak Sumbu Rhino Hitam Black.

Lagupun saya dah pening ni... Kalau anda rasa masih nak pindah, pertimbangkanlah mana yang baik. Saya letak khas badak sumbu supaya tidak ada orang keliru dengan keluarga badak lain. Yosri (bincang) 11:42, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]