Perbincangan:Bukit Gantang

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Komen Megat.xiv[sunting sumber]

"Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Ketua daerah Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang."

KESALAHAN FAKTA DI ATAS: Anak Long Jaafar yang bernama Ngah Ibrahim dilantik oleh Sultan Jaafar Muazzam Shah (Marhum Waliullah) Sultan Perak. Gelaran yang dianugerahkan kepada Ngah Ibrahim adalah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan - yang merupakan salah satu gelaran bagi Orang Besar Empat negeri Perak.

(2) Ayahanda kepada Long Jaafar adalah ABDUL LATIF BIN PANDAK JAMALUDDIN - bergelar Toh Paduka Setia, salah seorang penyandang gelaran Orang Besar Enam Belas negeri Perak.

(3) Toh Paduka Setia Abdul Latif mempunyai seorang abang yang bernama Che Alang Iddin (kadang kala disebut Alang Alauddin). Beliau merupakan salah seorang penyandang gelaran Orang Besar Lapan negeri Perak - Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja.

RUJUKAN BAGI MENYOKONG PANDANGAN DI ATAS:

Sumber rasmi Laman Web Diraja Perak: www.sultan.perak.gov.my Sumber rasmi Laman Web Kerabat Diraja perak: www.sembangkuala.com

sila rujuk MAFawzi Basri, Cempaka Sari (1985); Buyong Adil, Sejarah Perak (1972); RJ Wilkinson, Papers on Malay Subjects (1908); RO Winstedt, History of Perak (1932) Manuskrip original boleh juga dirujuk di School of Oriental & African Studies, University of London dengan nombor siri MS 40332 - Misc Papers.

Juga, boleh rujuk Dr Talib Samat - Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menulis tentang Ngah Ibrahim pada tahun 2004.

Rujuk juga Megat Iskandar Bin Megat Zaharuddin - pakar rujuk salasilah (genealogist) bagi raja-raja & pembesar negeri Perak.