Perbincangan:Felda Bukit Aping Timur

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Data ini dikemaskin pada tarikh 19 Januari 2007. Pekerjaan penduduk di Felda bukit Aping Timur bukan menoreh lagi. Mereka telah menukar tanaman getah kepada tanaman kelapa sawit. Di samping itu generasi muda (Generasi Kedua) Felda telah tidak berminat lansung dengan pekerjaan ibubapa mereka. Ada di antara mereka bekerja sebagai kakitangan kerajaan, bank, swasta mahupun di sektor perkilangan. Jadi ladang seluas 10 ekar yang diperuntukkan kepada ayah dan bonda mereka diambilalih oleh pihak FELDA untuk diurus. Pekerjanya... buruh asing dari Indonesia.Media:Contoh.mp3

Salam hormat semua warga aping timur, sekadar perkongsian ilmu kepada adik- adik, anak anak yang bahagia di felda aping timur dari tahum 1974- hujung 1990 ketika aku masih penduduk tetap Aping timur sebelum berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia) aku dibesarkan ketika aping timur masih dalam kegelapan iaitu (masih belum ada elektrik (TNB), dan jalan raya hanya di jalan utama aje.. (jalan ke rumah masih lagi batu merah), ketahui wahai sahabat dulu masih zaman menoreh dulu setiap hari bapak bapak kita tiap hari mengayuh basikal/menaiki motor untuk membawa susu getah ke PMG di hujung kampung..selepas itu mengangkat susu dengan melalui 52 anak tangga untuk dituang ke tangki besar..(ketika itu tiada mesin pump getah) sekitar hujung 80an baru mengunakan pump susu getah..aku hari hari ketika itu adalah peserta yang akan ke PMG untuk mengurus susu getah bapak aku. dan paling best pembayaran hasil getah akan di bayar 3 kali seminggu iaitu hari isnin, rabu dan sabtu.. meriah semua di pejabat felda aping timur dengan uniform getah masing masing... (ramai dah yang sudah meninggal, Alfatihah.

ketika aku melangkah keluar tahun 1990 baru ada jalan raya berturap tar, TNB, untuk warga Aping Timur.... amin..

Menarik ketika itu - Perlawanan bola sepak antara block (tanya org tua tua, memang best ketikan itu semua player adalah warga block iaitu bapak kita) - 7 sebelah - sukan tahunan

Mandi sungai (parit) - Block 16 - Paya tengkorak

Makanan terbaik - Mi Bandung Jasmin/ Mahat (block 21) - Sup warong Tokimon

Kedai rambut terbaik - Pak Ya

Ke Sekolah di SMK Bandar Easter - laluan utama adalah laluan tanah merah yang berdebu ketika panas dan berselut ketika hujan (Fakta) ynag menjadi sejarah laluan antara Bukit Aping timur ke Gugusan Waha sekitar tahun (1984-1989)

- Untuk ke bandar utama ketika itu adalah prebet sapu dan akhir tahun 1990 baru ada teksi (kereta sewa).

- Sekolah kebangsaan telah dinaik taraf dari sekolah kebangsaan Bukit Aping Timur ke SK Bukit Mahkota tahun 1985

- kini genap 27 tahun aku jadi anak perantau tetapi Aping timur tetap dihati......


gua aping[sunting sumber]

218.111.165.232 03:31, 26 Januari 2007 (UTC)di felda bukit aping timur terdapat sebuah gua yang biasanya digelar dengan gelaran "gua Aping". ia terletak diatas bukit dan jika hendak kesana, perlu melalui beberapa kebun-kebun kelapa sawit. kata orang- oranłg yang pernah ke tempat itu, gua ini mempunyai 7 pintu yang boleh dilalui. kata peneroka yang pernah kesana gua ini di huni oleh seekor ular yang terlalu besar dan tidak ramai yang berani untuk memasuki gua tersebut.[balas]


Edit by 22 nov 09 FELDA BUKIT APING TIMUR[sunting sumber]

Dibuka pada tahun 1972, nama Aping ini diambil daripada maknanya iaitu terletak diantara dua buah bukit, selain itu ada juga yang beranggapan ia diambil sempena nama salah seorang pegawai komunis pada zaman pemberontakan komunis Malaya kerana kampung-kampung yang berdekatan dengan Aping Timur ini mempunyai nama seperti Wa Ha, Lok Heng dan Mawai. Pada mulanya Felda ini mempunyai lebih kurang 1000 lebih orang peneroka termasuk isteri-isteri peneroka dan anak-anak yang masih kecil, kini Felda ini mempunyai penduduk seramai 5000 lebih orang termasuk cucu dan cicit peneroka tidak termasuk pekerja-pekerja dari Indonesia dan Bangladesh. Pekerjaan utama penduduk di sini pada mulanya mengusahakan kebun getah dan sawit berkeluasan 10 ekar untuk setiap peneroka. Pada hari ini hampir kesemua kebun disini adalah berasaskan sawit setelah proses tanam semula pada tahun 2003 oleh Felda kerana majoriti peneroka telah bersetuju menyerahkan kerja-kerja kebun kepada Felda atas sebab sudah tua dan anak-anak tidak berminat bekerja di ladang, dan selebihnya bagi yang tidak bersetuju mereka mengusahakannya sendiri dengan bantuan Risda iaitu seramai 31 orang peneroka.untuk melihat gambar klik disini1>http://farm3.static.flickr.com/2670/4123335401_23b88ba922_o.jpg 2http://farm3.static.flickr.com/2559/4123488003_71432dee5a_o.jpg

Persatuan Belia Seri Bakti Kg. Felda Bukit Aping Timur[sunting sumber]

Belia di Kg. Felda Bukit Aping Timur ini agak aktif. Sejak kepimpinan Sdra. Norsham Abu Bakar hinggalah kepada Saudara Azhar Ishak banyak kegiatan yang telah dianjurkan.Saudara Norsham merupakan mantan Pengerusi belia seri bakti yang disegani. wlaupun ketegasannya membuatkan banyak pihak kurang sekepala dengannya, namun demi ebaikan mereka dpat duduk semeja dan mengadakan rundingan dengan baik demi kepentingan belia di sini. Hampir 10 tahun saudara Norsha mentadbir persatuan belia di sini. sebagai tanda kenang-kenangan beliau telah terbina sebuah balai belia, gelanggang futsal, gelanggang sepaktakraw, permainan kanak-kanak dan banyak lagi.Mulai Tahun 2008, saudara Azhar Ishak menerajui persatuan belia. walaupun umur baru menjangkau 20-an, kebijaksanaan beliau memang tidak boleh diketepikan. berbekalkan dengan jawatankuasa yang mantap pastinya kejayaa baru akan menjelma. Untuk tahun 2010 ini sahaja, persatuan belia telah menganjurkan pertandingan memancing di Tanjung sedili. insaalla pada akhir bulan jun nanti, persatua belia akan menganjurkan pendakian puncak gunung panti. Tidak dilupakan juga untuk program motivasi untuk pelajar upsr dan spm. --203.82.92.155 09:05, 27 Januari 2010 (UTC)[balas]

tergerak pulak hati aku malam ni x da kerja duk serch internet... serch felda bukit aping timur.... terbaca pulak artikal ni... gatal pulak tangan nak tulis heheheh...aku anak felda aping timur dan telah berhijrah ke Kuala Lumpur selepas tamat pengajian peringkat SPM... Habis sahaja pengajian di ipt aku terus bekerja di kuala lumpur dan jarang2 skali balik aping. Rakan sebaya pon da ramai yang semakin di makan usia hehehe... kadang2 tu sampai x cam muka. yang bawah2 pulak sudah semakin membesar dan bujang, teringat zaman2 sekolah pada masa itu semua kecil2 lagi. Tak lama lagi aku da nak kawin da setelah usia 26 tahun. sebut sahaja pakcik yasin tempe sapa x kenal... akulah naen. ok semua jaga aping timur baik2.... aku da menetap dan beli rumah di bandar kinrara, Puchong selangor... mencari rezeki dan terus membina kehidupan di sini. salam 1 Malaysia.

ahhh...sape x kenal naen. pe pun tahniah kerana akan naik pelamin pada 13 mac 2010. moga -moga kekal bahagian ke anak cucu. pe pun tunggu kita orang datang rewang pada 20 mac 2010. tahniah.....dr padil anak en. kaseh

Masjid An-Nur Bukit Aping Timur, Kota Tinggi Johor.[sunting sumber]

Masjid An-Nur Aping Timur merupakan sebuah masjid yang indah dan cantik. Terletak ditengah-tengah kawasan rancangan felda ini, ia menjadi nadi penggerak kepada penyebaran syiar islam dan agama di felda ini. Pengiktirafan sebagai masjid wawasan yang diberikan oleh majlis Agama Islam Johor menjadikan ianya masjid contoh di kawasan DUN Sedili. Pelbagai program dilaksanakan seperti kelas berzanji oleh Tn. Hj. Mohd Noh Bin Suradi,kelas mengaji dan kuliah maghrib. selain itu juga, program membudayakan al-quran dijalankan setiap hari selepas solat maghrib dan subuh yang dikendalikan oleh Imam satu, Tn.HJ. Masrom bin Jaafar dan Imam Dua Tn. Hj. Kasiman bin Yamin dan terjemahan Oleh Ustaz Fahezal bin Hj. Kaseh.Ajk Badan Masjid juga aktif dalam menganjurkan hari kebesaran/penting mengikut takwin bulan islam. --203.82.92.155 09:17, 27 Januari 2010 (UTC)[balas]