Perbincangan:Hana wo Pu~n

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebenarnya kita perlu menentukan samaada lagu patut mendapat laman mereka sendiri. Saya lihat di laman Inggeris, terdapat lagu yang mempunyai laman mereka sendiri. Lihat

Oleh itu saya membantah laman ini dipadamkan kerana :-

  • sudah ada orang bersusah payah menulisnya.
  • Wikipedia Inggeris turut menerimanya.
  • Lagu-lagu Melayu pun boleh ditulis mengenai sejarahnya, contoh penyanyi pertama, filem, tahun dibebaskan dll.
  • Rencana ini boleh dielak oleh orang yang tidak ingin melihatnya. (tidak mengganggu)
  • Tidak memakan ruang yang banyak.
  • Dapat menambah bilangan rencana. Yosri 13:36, 2 November 2007 (UTC)[balas]


PS: Saya cadangkan template pemadaman patut diletakkan seminggu lebih awal, agar memberi masa penyumbang membuat ulasan. Dipanjangkan lagi sekiranya cuti panjang antara tempoh tersebut. Yosri 13:40, 2 November 2007 (UTC)[balas]

Saya tidak membantah rencana lagu, saya membantah rencana lagu tidak terkenal (lebih khusus: satu single tiga rencana). Dalam kes ini, penyumbang telah dimaklumkan beberapa hari dahulu, langsung tiada bantahan. ...Aurora... 13:47, 2 November 2007 (UTC)[balas]
Hummm!!!! Saya rasa ini adalah seperti AF versi Jepun. Mengenai tidak terkenal itu... Mungkin kita yang tidak kenal, tetapi terkenal di Jepun. Kalau awal-awal sudah dicantas, macam mana mahu tahu. Saya lihat ada 11 bahasa mengenai Hello! Project. Jangan jadi katak bawah tempurung dah le. Yosri 13:57, 2 November 2007 (UTC)[balas]