Perbincangan:Istana Arau

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Institusi Beraja

1) Pemerintahan Raja Syed Hussin Jamalullail. (1843 - 1873) Raja Syed Hussin telah dilantik sebagai raja pertama bagi Negeri Perlis. Baginda telah memasyhurkan nama "Indera Kayangan" untuk diberi gelaran kepada Negeri Perlis iaitu negeri "Perlis Indera Kayangan". Nama tersebut diilhamkan daripada nama Kota Indera Kayangan II(1797 - 1813).

2) Pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullail. (1873 - 1897) Raja Syed Hussin menghembuskan nafas terakhir pada tarikh Hari raya AidilFitri, 1920 Hijrah bersamaan 1873 Masihi. Baginda meninggalkan pemerintahan negeri yang stabil untuk diwarisi oleh putera sulung baginda, Raja Syed Ahmad. Tiga bulan setelah Raja Syed Ahmad menaiki takhta, baginda bersama rombongan telah berangkat ke Bangkok melalui Ligor. Keberangkatan ke sana bertujuan mempersembahkan taat setia baginda sebagai Raja Negeri Perlis yang baru di samping membawa persembahan bunga emas dan perak serta perkakasnya ke hadapan Raja Chulalongkorn. Dalam majlis mengadap, Raja Chulalongkorn merestui Raja Syed Ahmad Jamalullail sebagai raja berdaulat yang baru bagi Negeri Perlis.

3) Pemerintahan Raja Syed Safi Jamalullail. (1897 - 1904) Tanggal 15 Ramadhan Sanah Hijrah 1314, bersamaan 19 Februari 1897, Tuan Syed Ahmad mangkat di Arau setelah gering selama beberapa hari. Sehubungan itu, Syed Safi menerima jemputan daripada Raja Chulalongkorn untuk ditabalkan sebagai Raja. Pada tanggal 10 Zulhijjah 1314, Raja Syed Safi mengadap Raja Chulalongkorn. Baginda diberikan gelaran "Phya Songkhram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Pelit" dan dianugerahkan surat "Tera"dan "Senjabat".

4) Pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail. (1904 - 1943) Takhta pemerintahan Al-Marhum Raja Syed Safi diwarisi oleh anakanda baginda, Raja Syed Alwi. Upacara pertabalan dilangsungkan di hadapan Raja Chulalongkorn dengan penuh adat istiadat DiRaja Siam. baginda Raja Syed Alwi kemudiannya diberi gelaran "Phya Songkhram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Pelit". Ketika zaman pemerintahan Raja Syed Alwi, Negeri Perlis menghadapi masalah kewangan yang kritikal. Baginda akhirnya terpaksa membuat pinjaman wang daripada pihak Siam.

5) Pemerintahan Raja Syed Hamzah Jamalullail. (1943 - 1945) DYMM Syed Hamzah ibni al-Marhum Syed Safi Jamalullail (1895-1958) adalah Raja Perlis yang kelima. Baginda bertakhta dari 2 Februari 1943 hingga 20 Ogos 1943 dan dari 8 September 1945 hingga 17 September 1945. Baginda menjadi Raja semasa awal pemerintahan Jepun, sehinggalah ke zaman Perlis ditadbir oleh Kerajaan Tentera Siam, sehinggalah ke bulan September, 1945 apabila pihak Jepun sekutu-sekutunya menyerah kalah.

6) Pemerintahan Tuanku Syed Putra Jamalullail. (1945 - 2000) Kemangkatan Raja Syed Alwi pada tahun 1935 menimbulkan kemusykilan menentukan siapakah yang bakal menjadi Bakal raja memandangkan baginda tidak mempunyai seorang putera atau puteri. Pada awalnya, satu persidangan diadakan khas untuk melantik Tuanku Syed Hassan Ibni Syed Mahmud Ibni Syed Safi Jamalullail menjadi Bakal Raja bagi Negeri Perlis. Dalam jarak yang tidak sampai setahun dilantik sebagai Bakal Raja, baginda telah disemadikan di Makam DiRaja Arau. Selepas kemangkatannya, wujud sekali lagi kemusykilan berhubung perlantikan Bakal Raja. Akhirnya selepas Perang Dunia Kedua, Tuanku Syed Putra telah dilantik menjadi raja bagi Negeri Perlis. Baginda kemudiannya ditabal sebagai raja pada tahun 1949. Dengan kurnia umur yang panjang beserta kewibawaan tersendiri, baginda Tuanku Syed Putra telah menerajui kepimpinan Negeri Perlis sehingga ke akhir hayatnya. Baginda merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia ketika ini.

7) Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.( Bermula 17 April 2000) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah dilantik sebagai Raja Perlis yang baru setelah kemangkatan Allahyarham Ayahanda baginda, Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 16 April 2000. Majlis Pertabalan telah disempurnakan pada 7 Mei 2001 di Istana Arau.

AZMI BIN MAN PEMBANTU MUZIUM PEJABAT DYMM TUANKU RAJA PERLIS

– — ° ′ ″ ≈ ≠ ≤ ≥ ± − × ÷ ← → · §  Tengku azmi (bincang) 01:02, 28 Jun 2016 (UTC)[balas]