Istana Arau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istana Arau terletak di Bandar Diraja Arau, lebih kurang 10 kilometer dari Bandar Kangar, Perlis. Bangunan ini merupakan kediaman rasmi atau tempat kediaman (bersemayam) Raja-Raja Negeri Perlis. Ianya dibina sekitar tahun 1905 semasa zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullail.

Selepas kemangkatan Tuanku Syed Alwi, Istana Arau didiami pula oleh Tuanku Raja Syed Safi Jamalullail dan Tuanku Syed Hamzah Jamalullail semasa pemerintahan Jepun.

Selepas tamatnya era pemerintahan Jepun di Malaya, Istana Arau kembali didiami pula oleh Raja Perlis yang berikutnya iaitu Tuanku Syed Putra Jamalullail (era zaman pemerintahan Kerajaan British). Tidak beberapa lama baginda bersemayam di Istana Arau, Tuanku Syed Putra berpindah ke kediaman resmi baginda sendiri di Istana Kenangan Indah Repoh, Kangar sehinggalah baginda mangkat pada tahun 2000.

Selepas Tuanku Syed Putra Jamalullail mangkat, bangunan Istana Arau tidak didiami oleh pengganti berikutnya. Istana Arau berfungsi sebagai tempat mengadakan upacara resmi penganugerahan pingat dan bintang kehormat, majlis mengadap tetamu-tetamu kehormat vvip, dan pembesar-pembesar Negara dan Negeri.

Struktur dalaman[sunting | sunting sumber]

Balairong Seri
Dewan Banquet
Majlis Santapan Negeri dan Upacara Rasmi
Keluasan Istana Arau
Bilik rasmi khas
Bilik Hijau

Istana Arau dibina semasa era pemerintahan Tuanku Syed Alwi Jamalullail pada tahun 1905 Masihi. Keluasan dalaman bangunan Istana Arau lebih kurang 120 kaki persegi kali 180 kaki persegi terdiri daripada:

Balairong Seri Berfungsi tempat Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang-Bintang serta Majlis Pertabalan Raja baru.

Dewan Banquet Digunakan sebagai tempat majlis santapan ketika diadakan majlis rasmi di Istana Arau.

Bilik Kuning Berfungsi sebagai sebuah bilik tempat menunggu tetamu sementara menanti kehadiran Tuanku Raja sampai ke Istana.

Bilik Biru Berfungsi sebagai sebuah bilik untuk menerima tetamu VVIP dan tetamu Tuanku Raja menghadap baginda.

Bilik Hijau Berfungsi sebagai tempat mengadakan majlis upacara khas penganugerahan pingat dan bintang-bintang khas kepada orang-orang yang tertentu atas perkenan Tuanku Raja.

Struktur binaan bangunan ini terdiri daripada campuran batu bata, simen, dan pasir. Bahagian bumbungnya pula mempunyai bentuk kubah kembar kiri dan kanan bangunan. Keluasan keseluruhan kawasan Istana Arau adalah 900 kaki persegi panjang dan 500 kaki persegi lebar.

Bangunan Istana Arau bermotifkan ciri-ciri moden dan Islam. Istana Arau menjadi tarikan pelancong tempatan dan pelancong luar ketika ada sesi lawatan ke Galeri Diraja Arau. Langkah-langkah pemuliharaan bangunan bersejarah ini adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis dan mendapat perhatian pemuliharan daripada Jabatan Warisan Negara.