Perbincangan:Yong Teck Lee

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada pilihan raya yang diadakan pada 12 Mac 1999, bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee, yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Likas setelah memperoleh 9,110 undi dengan kelebihan 4,962 undi. Calon lain yang bertanding untuk kerusi itu ialah Dr. Chong Eng Leong (PBS), Datuk Harris Salleh dari Parti Bersekutu, Zulkifli Lajah (Setia), Yahya Kassim (Pas) dan Saudin Kadis (Bebas).

Pada Jun 2001, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengisytiharkan keputusan Pilihanraya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas yang diadakan pada tahun 1999 sebagai batal kerana terdapat pengundi hantu yang tidak wujud dalam daftar pemilih kawasan itu. Calon PBS, Dr. Chong Eng Leong sendiri yang meminta mahkamah mengeluarkan perintah bagi membatalkan keputusan pilihan raya tersebut kerana terdapat pemilih daripada kalangan bukan rakyat Malaysia yang mengundi di kawasan Likas.

Sementara itu, seorang lagi calon yang juga bekas Ketua Menteri, Harris Salleh, turut mengemukakan petisyen serupa dengan mendakwa terdapat kegiatan bercanggah pada pilihan raya 1999 untuk DUN Likas. Petisyen Harris itu mendakwa terdapat parti yang memasang empat papan pameran di sekitar kawasan pusat mengundi Likas dan tindakan itu melanggar Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Mengenai petisyen yang dikemukakan oleh Harris, Hakim Muhammad Kamil berkata, berdasarkan kepada seluruh keterangan, beliau mendapati Yong selaku responden telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (c) dan (d) serta Seksyen 32 Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya. Kesannya, mahkamah telah memutuskan Datuk Yong Teck Lee bersalah dan tidak di benarkan bertanding dalam pilihanraya selama 5 tahun sehingga 2007.

http://borneobullet.blogspot.com/2012/09/yong-teck-lee-pernah-guna-taktik-kotor_28.html – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Tombiruo KB (bs).

Siapa Borneo Bullet? Baca Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai. ...Aurora... (b) 04:25, 19 November 2012 (UTC)[balas]