Perbincangan Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Kes penyalahgunaan akaun ke atas Edmundwoods (Penyelia)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengumuman[sunting sumber]

Kalau sini tak sampai 60%, saya akan terus meletak jawatan dan tak perlu bagi pengguna biasa mengundi lagi. Saya sudah ada rancangan meletak jawatan tetapi atas alasan yang tertentu baru saya memegang jawatan sampai kini. Saya sudah rasa saya sendiri tidak layak terus menjadi penyelia tetapi saya serahkan kepada penyelia lain untuk menentukannya. Kalau saya meletak jawatan, saya berjanji saya tidak akan memohon apa-apa jawatan di sini dan Meta-Wiki sehingga 12.00 am (UTC) 1 Januari 2010. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:00, 16 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sedihnya saya[sunting sumber]

Saya melihat perkara ini berlalu selama beberapa hari.

Saya meminta anda meletakkan jawatan kerana anda telah menyalahgunakan Wikipedia untuk menyerang pengguna lain dan mencarut, sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana penyelia ataupun pengguna biasa. Jika anda bukan penyelia, sudah pasti anda akan saya sekat. Tetapi memandangkan anda seorang penyelia, saya cuma meminta anda meletakkan jawatan dan tidak akan menyekat anda. Berkenaan "tanggungjawab perkauman di Malaysia", adakah anda ingin katakan: kekalkanlah orang itu sebagai menteri kerana dia satu-satunya berbangsa minoriti walaupun dia terbukti makan rasuah.

Rasuah telah terbukti tidak baik kerana penerima rasuah sepenuhnya mendapat KEUNTUNGAN. Saya sebenarnya tidak memandang masalah ini sebagai sangat serius. Jika kita membuang semua penyelia yang aktif, siapa lagi yang akan berminat menjadi penyelia pada masa akan datang.

Saya boleh melihat secara psikologi, Edmund adalah manusia. Manusia mempunyai perasaan dan juga mempunyai akal fikiran. Manusia juga melakukan kesilapan, dan jika tersilap sebaik-baiknya meminta maaf.

Kes ini seperti, bila ada masalah, lucut. Jika anda melucutkan pangkat, masalah ini tidak juga akan selesai. Sedangkan jika penjenayah di penjara juga diberikan parol jika berkelakuan baik. Tidak melampau, jika beliau disekat buat sementara (bercuti). Jika dia mengulanginya semula, barulah tindakan yang sewajarnya diambil.

Saya tidak nafikan, bahawa Edmund perlu didenda untuk kes ini. Tetapi apabila melibatkan perkataan lucut, seperti menjatuhkan hukuman pancung terus.--Kekacang 18:47, 16 Julai 2008 (UTC)[balas]


Ya, saya nampak di Wikipedia Bahasa Inggeris ada penyelia yang disekat kerana bermasalah disiplin. Tetapi mereka dilucutkan kalau mereka ulang lagi atau mereka nyahsekat sendiri (yang dianggap salah guna kuasa). --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 13:45, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Bagi saya pula[sunting sumber]

Hai Mr Edmundwoods, harap anda sihat. Bagaimana dengan saya pula, wahai orang wiki ms. Saya pun lakukan banyak kesalahan di sini. Saya rasa saya pun patut diberikan peluang menjadi penyelia sama seperti Mr Edmundwoods. Walaupun saya amat teruk kelakuan saya di sini. Sekurang-kurangnya saya seorang Islam. Walaupun saya mungkin amat bersalah di sini. Tetapi, saya tahu apa yang terbaik dan apa yang terburuk di sini, sama seperti apa pemikiran saudara Edmundwoods. Kepada Mr Edmundwoods, saya akan menjadi penyelia pada April 2010. Ditunda ke 1 tahun. — Imran Al-Sahih 08:33, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Good luck for you, all the best --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 13:43, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pengumuman menarik balik sokongan terhadap hukuman[sunting sumber]

Selamat malam saudara Edmund,

Terima kasih atas maklum balas saudara bagi menerangkan perkara sebenar di sebelah saudara pula mengenai kes ini. Saya ingin meminta maaf kepada saudara kerana membuat undian terhadap saudara tanpa mendengar terlebih dahulu penjelasan di sebelah saudara. Setelah saudara sendiri memberi penjelasan di sebelah saudara, saya berasa bersalah terhadap diri saya maka saya mengambil keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap hukuman kepada saudara Edmund. Lagipun adalah zalim kalau saya terus-menerus menghukum dia kalau dia memang ada berusaha memperbaiki keadaan. Kepada rakan penyelia yang lain, saya harap anda semua mempertimbangkan semula untuk tidak mengenakan hukuman yang berat terhadap saudara Edmund. Kepada saudara Edmund pula, saya harap saudara dapat berbaik-baik semula dengan SPR, sekurang-kurangnya demi menjaga nama baik Wikipedia Bahasa Melayu. Terima kasih. - Hezery99 14:10, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Jika Edmund tidak dilucutkan jawatan, adakah saudara Edmund perlu disekat selama 3 bulan termasuk alamat IPnya sekali. Jika cadangan saya dipersetujui maka peluang untuk saya menarik balik undian saya ada. — Didie (bincang) 14:22, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pada saya, hukuman paling berat pun setakat gantung sementara dah cukup setimpal, sebab hukuman menyekat seseorang daripada menyunting itu lebih berat daripada melucutkan jawatan penyelia. Lagipun, kita cuma boleh sekat pengguna kalau dia ada melakukan vandalisme serta kesalahan besar dalam rencana Wikipedia. Dalam kes saudara Edmund ini, ia lebih merupakan serangan peribadi menggunakan ruangan perbincangan dan bukannya merosakkan rencana. - Hezery99 14:30, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]
Kalau saya selamat daripada dilucutkan jawatan, saya rasa semua penyelia boleh bermesyuarat tentang macam mana nak hukum saya, seperti sekat berapa lama, atau melarang saya daripada membuat apa jenis suntingan, dll. Pada pendapat saya, 3 bulan terlalu panjang. Tetapi tak apa, anda semua boleh bincang kemudian. Saya cadang begini kerana melucutkan jawatan saya dan menyekat saya memang dua perkara yang berbeza. Mungkin ada penyelia yang rasa saya tidak perlu dilucutkan tetapi harus disekat. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 14:33, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Gantung sementara? Macam mana ye, saya kurang jelas dengan maksud itu. Adakah perlu Edmund dilarang menggunakan hak keistimewaan penyelia selama 3 bulan tetapi tidak dilucutkan jawatannya dan dia boleh terus menyumbang. Ini bermakna status Edmund masih sebagai penyelia cuma tidak dibenarkan menggunakan hak keistimewaan penyelia. Walaupun begitu, Edmund masih boleh menyumbang tanpa menjalankan tugas kepenyeliaan selama 3 bulan. Jika dalam tempoh 3 bulan itu, Edmund masih menggunakan hak keistimewaan penyelia (ingkar) maka sewajarnya Edmund diambil tindakan lanjut kerana melanggarnya semasa tempoh yang ditetapkan. Setuju? — Didie (bincang) 15:09, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kalau nak buat macam ini kan lebih baik saya dilucutkan jawatan selama 3 bulan saja dan dipulihkan jawatan tanpa pilihanraya... --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:19, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pelucutan jawatan anda secara tidak rasmi, begitu? — Didie (bincang) 15:39, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

lucutan/penggantongan hak penyelia hanya boleh dilakukan Stweard, bukannya Borokrat. Yosri 15:41, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]
Tiada apa "perlucutan secara tidak rasmi" lah. Maksud saya, salah seorang daripada anda boleh pergi ke Meta-Wiki untuk minta steward di sana melucutkan jawatan saya di sini. Selepas 3 bulan, seorang birokrat di sini terus melantik saya semula tanpa melalui pilihanraya. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:50, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]
Hukuman paling berat bagi anda adalah menjalankan tugas penyelia setiap hari, tandakan semua rencana baru sebagai telah diperiksa, letakkan tag SD pada laman pengguna baru, dan lakukan pemantauan sekurang-kurangnya 12 jam sehari. Sekat anda selama 3 bulan hanya bermakan memberikan anda cuti, manakala penyelia lain terpaksa berdepan dengan vandalisme serta n00bs. — kurnia[binc|sumb] 09:13, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]
Tak boleh lah. Saya kan belajar di universiti. Manalah mungkin untuk saya buat perkara ini. Biarpun dulu saya baru habis sekolah menengah pun tak mampu. Kalau sekat saya OK lah. Tentang penyelia lain masih perlu menghadapi vandalisme pula, biasanya saya bukannya satu-satu penyelia yang sedang online.--אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:24, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]
Kerana itulah saya katakan ianya hukuman yang paling berat. Haha. — クルニア[binc|sumb] 15:26, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Markah berkecuali[sunting sumber]

saya rasa sistem markah ini perlu ubah sikit - berkecuali haruslah 5 markah manakala 0-4 ialah melucutkan jawatan dan 6-10 ialah bantah. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 04:09, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sistem markah[sunting sumber]

Semasa kira undi nanti kira saja mereka yang mengundi, tak perlu ikut formula itu bulat-bulat. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:27, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Perlu dan ia berkepentingan. Ini kerana ini merupakan suatu penghakiman yang melibatkan semua penyelia Wikipedia bahasa Melayu bukannya undian perseorangan yang boleh dianggap wajib menghakimi kes ini ke atas para penyelia ms.wiki. — Didie (bincang) 15:34, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]
Jika anda masih ingin menunjukkan kesetiaan anda dalam bidang kepenyeliaan Wikipedia ini. Mungkin anda boleh memohon menjadi penyelia di projek Wikimedia yang lain sepanjang tempoh sekatan 3 bulan itu sama ada di Wikibooks, Wiktionary, ataupun Bodohpedia. Apapun, selamat menyumbang! — Didie (bincang) 15:42, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]
Hmp. Serius jugak para penyelia kita. =) - Pp.Mm.Cc. 15:43, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Maksud saya... tengok - Yk Yk Yk sudah lama tak datang ke sini. Kamalzack pun belum datang lagi. Kalau pada akhir mereka masih tak datang, takkan nak kira mereka juga!? Tiada makna pun. Semasa PRU pun mereka yang tidak keluar mengundi diabaikan. Namun PRU melibatkan kehidupan semua rakyat. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:48, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya rasa kalau saya disekat 3 bulan (atau berapa lama saja), saya tak perlu menunjukkan kesetiaan dengan menjadi penyelia di tempat lain! Menyunting dah cukup. Saya pernah juga memohon menjadi penyelia di Wikipedia Bahasa Inggeris tetapi gagal, dan saya rasa lupakan saja kerana terlalu susah disokong di sana. Dengan rekod hitam ini saya takkan memohon menjadi penyelia mahupun Steward di Meta-Wiki. Saya juga tidak mampu menyumbang di projek lain tapi mungkin saya akan cuba di Multilingual Wiktionary yang masih di Incubator itu. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:51, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya dilucutkan jawatan![sunting sumber]

Seorang steward Meta-Wiki yang bernama Thogo tiba-tiba melucutkan jawatan saya. Saya telah menunjukkan bantahan kepadanya kerana campur tangan dalam pentadbiran kita tanpa diminta. Namun kalau dia masih tegas pada perbuatannya pun tak apa, kalau saya ada 60% di sini birokrat tolong lantik saya semula. Kalau tak sampai 60% pun sudahlah, jangan terbuka untuk pengguna biasa mengundi. Anggpa saja saya telah meletakkan jawatan. Setuju? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 15:48, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Bukan melucutkan jawatan ye tetapi dilucutkan jawatan. — Didie (bincang) 16:13, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

I don't understand. I said, Thogo desysopped me. I said, "Thogo tiba-tiba melucutkan jawatan saya". Faham? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:59, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

And I know Thogo too don't think you can be a good admin. So that, the result has been you are desysoped. But, Thogo cannot desysoped yours hastily because all of the Malay Wikipedia Admin have the case judgement of yours. — Didie (bincang) 05:22, 19 Julai 2008 (UTC)[balas]

Ok, my English sucks. So do you mind explain to me what do you mean by "hastily"? Saya tidak faham keadaan sekarang, adakah saudara Edmunds telah dilucutkan hak sysopnya? Sekiranya dia telah dilucutkan jawatan, adakah undian ini perlu dijalankan lagi? — クルニア[binc|sumb] 07:34, 19 Julai 2008 (UTC)[balas]

Hastily bermaksud terburu-buru, gopoh-gopoh, atau kelam-kabut dalam bahasa Melayu. Tentang perbicaraan kes ini pula, ia akan diteruskan seperti biasa sepertimana ia berlangsung selama 1 minggu. Jika Edmund memenangi kes ini maka perlulah Edmund dilantik semula oleh birokrat selepas tempoh 3 bulan tamat(menjadi pengguna biasa buat sementara). Akan tetapi, jika Edmund gagal memenangi kes ini, satu laman pengundian sistem terbuka akan dibuka kepada undian pengguna biasa ataupun sepertimana yang dikehendaki oleh Edmund sendiri iaitu berstatuskan sebagai meletakkan jawatan. — Didie (bincang) 07:52, 19 Julai 2008 (UTC)[balas]

Yes he can. Please see m:User_talk:Thogo#Removal_of_my_sysop_access_in_Malay_Wikipedia_.28edmundwoods.40mswiki.29 (permalink) for more information why, thanks. --burung (:> )=| 14:03, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]
Thanks for the link burung. Memandangkan para steward mempunyai bukti ini bukan kali pertama Edmund melakukan perbuatan sebegini (dah agak dah), kalau teruskan penghakiman ini pun tak guna. Tutup sahaja. ...Aurora... 15:51, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Obviously, bukan kali pertama. Kan Spacebirdy kata "unfortunately, also :ms:User:Edmundwoods". Tak sedar ke? Anda telah mensyaki bahawa kes ini ada kaitan dengan satu kes yang dulu. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:14, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Perbicaraan kes ini akan tetap dijalankan juga dan tamat pada 23 Julai 2008. SPR sendiri menyatakan bahawa dia juga merasakan Edmund tidak layak memegang jawatan penyelia. Nampaknya, Edmund kini sedang didesak secara psikologi untuk turun. — Didie (bincang) 16:19, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Tak apa. Tengok apa Yosri kata, sebab undi Yosri akan dipengaruhi oleh pendapat SPR. Kalau saya tak dapat 60%, saya terpaksa menjadi Chua Soi Lek kedua lah... --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:24, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Chua Soi Lek Jr.. Tentang rencana Chua Soi Lek, konteks istilah kurnia tidak terhad malah ia boleh dimaksudkan kepada situasi kekeluargaan. Terpulanglah kepada anda untuk menilainya. — Didie (bincang) 16:42, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Tentang peratusan keseluruhan, kini anda(Edmund) perlu mencapai 70% dan ke atas dalam perbicaraan ini. Ia telah digubal baru2 ini selaras dengan peratusan sokongan yang diperlukan untuk pengundian kepenyeliaan biasa. — Didie (bincang) 16:45, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Mana boleh tiba-tiba ubah ini!? Sepatutnya gubal saja untuk penghakiman pada masa depan. --Chua Soi Lek Jr.17:10, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

OK! Jika begitu, anda perlu memperoleh 60% dan ke atas peratusan keseluruhan. — Didie (bincang) 17:29, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana bertindak adil. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 18:24, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Macam mana dengan semua ini?[sunting sumber]

Malekhanif belum beri markah lagi, Yk Yk Yk dan Kamalzack belum datang mengundi, macam mana uruskan mereka kalau nak kira markah? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 18:14, 22 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sekarang hanya tinggal Kamalzack yang masih belum mengundi, Malekhanif dan Yk Yk Yk sudah mengundi. Hezery99 03:12, 25 Julai 2008 (UTC)[balas]
Cuba baca bahagian bolded teks Penghakiman Penyelia, agak jelas. - Pp.Mm.Cc. 07:12, 25 Julai 2008 (UTC)[balas]

Dahlah...[sunting sumber]

Sudahlah... kalau tak dapat 60%, biarkan saja. Saya tidak bercadang terus mempertahankan jawatan saya lagi. Biarpun ada 100% pengguna biasa sokong saya, apa maknanya? Lihatlah, begitu banyak rakan sekerja saya tak suka saya lagi, tiada makna lagi untuk saya terus bekerja bersama mereka. Biarkan saya saja terus sebagai seorang penyumbang biasa. Selepas 1 Januari 2010 00:00 (UTC), barulah ada kemungkinan untuk saya memohon lagi. Saya tidak mahu apa-apa jawatan sama ada di sini ataupun di Meta-Wiki dan Commons sebelum masa dan tarikh itu. Saya telah pun menikmati kehidupan saya sebagai seorang penyumbang serta seorang penyelia di sini. Kini masanya untuk saya keluar daripada lembaga pentadbiran. Biarkan saja, saya tidak mahu merayu, walaupun saya telah mendapat sokongan daripada pengguna biasa. Selamat tinggal, lembaga pentadbiran! --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:47, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]