Perbincangan Wikipedia:Permohonan memadam laman/Malingsia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengundian dah tamat bila nak padam? izzudin 07:37, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

Hikayat Raja dengan lalat[sunting sumber]

Ceritera 1: Tersebutlah kisah di sebuah negeri bernama negeri Manusia. Raja dan rakyatnya hidup aman bahagia di samping para pembesar yang ikhlas dan bijaksana. Pada suatu hari raja mengumumkan untuk mengadakan kenduri negara. Maka dipalulah canang bagi menjemput semua rakyat jelata untuk sama-sama menikmati hidangan diraja.
Maka tibalah hari kenduri tersebut. Berduyun-duyunlah rakyat datang untuk meraikan majlis raja dan menikmati hidangan. Tiba-tiba datanglah sekumpulan lalat dan hinggap di atas makanan yang dihidangkan. Maka berlakulah pertelagahan antara pembesar negara yang melihat sikap lalat-lalat yang mencemar makanan itu. Beberapa orang pembesar mencadangkan agar lalat-lalat itu dihalau atau dibunuh. Namun terdapat juga pembesar yang membantah dan mendakwa bahawa lalat-lalat itu juga sebahagian daripada rakyat negeri itu. Oleh itu lalat-lalat itu berhak untuk menikmati hidangan tersebut.
Masa berlalu dari saat ke minit dan minit ke jam... Para pembesar masih lagi bertelagah dan berhujah. Lama-kelamaan pertelingkahan mula merebak ke rakyat bawahan. Hari makin beransur ke petang, akhirnya menginjak ke malam. Keputusan masih belum dibuat. Rakyat jelata semakin gelisah dan mula tuduh menuduh. Ketika para pembesar masih lagi bermesyuarat, seorang kanak-kanak mencuri-curi menjamah sedikit hidangan. Tiba-tiba budak itu berkata dengan agak kuat: "makanan ni dah basi."

Ceritera 2: Pada abad ke-4 sebelum masehi, iaitu 2826 tahun dahulu di Kota Athens, seorang ahli falsafah tua telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah dengan cara meminum racun. Tuduhan yang dbacakan kepadanya ialah tertuduh telah tidak mengakui Dewa Olympus sebagai tuhannya. Beliau juga dituduh telah merosakkan pemikiran rakyat, terutama golongan muda.
Sebelum hukuman dilaksanakan, pesalah tersebut diberi kebenaran untuk membuat ucapan. Katanya, "Yang Arif Tuan Hakim, Aku hanya spesis lalat pengganggu yang diberikan kepada negara oleh Tuhan. Bukankah negara memerlukan lalat seperti itu? Negara adalah seperti seekor sapi gemuk yang memerlukan seekor lalat agar sapi itu tidak statik dan lembab."

Selepas itu hukumanpun dilaksanakan. Ahli falsafah itu menjalani hukumannya dengan cara meminum racun. Ahli falsafah tersebut ialah Socrates.

Ceritera 3 Wikipedia ms ibarat negara, kita adalah pembesarnya. Dan di sini ada sekumpulan lalat sedang hinggap di atas hidangan kita. Negara ini bernama Negara Manusia, bukan Negara Lalat. Sebelum hidangan kita lebih tercemar dan menjadi basi, tugas kita ialah... usir atau hapuskan lalat itu. cheguman 16:57, 6 Februari 2008 (UTC)[balas]

Opera bertajuk Aminah et Susie[sunting sumber]

(Libreto ditulis didalam bahasa Perancis, diterjemahkan oleh saya)

Aminah menetap di negara AmanDanKayaPutra manakala Susie menetap di negara KurangAmanDanKurangKayaPutra. Pada suatu hari Susie membuat keputusan untuk berhijrah ke Negara AmanDanKayaPutra. Namun disebabkan Susie tidak ada kelulusan akademik, beliau hanya dapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Aminah. Susie kena bangun pagi, siapkan sarapan, jaga anak-anak kecil, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya. Aminah pula, sebagai anak manja di rumah itu boleh bangun lambat dan hidup seperti Tuan Puteri dan Susie kena melayan makan minum dan pakaian Aminah. Susie rasa bosan kerana selalu mengimpikan dirinya sebagai Tuan Puteri (sebagai Aminah laa) dan akhirnya tidak tahan dan cabut lari. Bila tiba di rumah beliau di Negara KurangAmanDanKurangKayaPutra, beliau memberi alasan “Orang-orang di Negara AmanDanKayaPutra adalah orang jahat dan selalu membuli kita. Sebab itu saya berhenti kerja”. Keluarga Susie percaya kata-kata anak mereka yang penipu dan pemalas itu. Semenjak dari itu, keluarga Susie kerap memburuk-burukkan orang-orang dari negara AmanDanKayaPutra. Mereka menyebarkan cerita ini kepada sahabat handai dan taulan.. Habis cerita. - Jay 16:08, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

Apakah teladan dari opera ini? Fikirkan! Terima kasih - Jay 16:08, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

Penapisan ketat[sunting sumber]

Sebelum itu, maaflah banyak-banyak jika pernyataan saya menyebabkan ada yang terguris, ingin marah, dan perasaan negatif lain. Sememangnya diakui ramai, kesemua jenis media massa di Malaysia menghadapi proses penapisan ketat. Tidak banyak isi kandungan sesuatu isu yang diketengahkan secara lebih mendalam. Adakalanya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan sebaliknya. Tidak banyak yang diperkatakan pada dada akhbar ataupun kaca televisyen mengenai istilah "Malingsia". Bagaikan disembunyikan di dalam selimut. Sebab itulah, kebanyakan rakyat Malaysia tak meradang ke tahap yang tinggi. Mungkin juga mengamuk. Istilah mengarut ini seharusnya diambil perhatian segera. Ini kerana ia melibatkan imej negara. Apa? Malaysia ialah pencuri. Mengikut perkembangan terkini, bukankah pendatang Indonesia yang datang mencuri ke Malaysia ke. Pelik???? Adakah Indonesia sudah kekurangan sesuatu yang boleh dibanggakan sehingga perkara yang tak sepatutnya dijadikan isu dan ingin memperbesarkan isu itu sesuka hati. Kerajaan Malaysia telah memberikan bantuan tanpa ragu-ragu kepada pendatang Indonesia dengan menyediakan peluang pekerjaan sehinggakan rakyat Malaysia sendiri menganggur. Sungguh terlebih baik hati kan. Adakah pendatang Indonesia sudah tak sedar diri ataupun lupa daratan terus. Hemm. Apapun, saya harap hubungan Malaysia-Indonesia dapat kekal kukuh meskipun mempunyai pelbagai kontroversi yang melanda. Sekian. — Didie (bincang) 16:13, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

Cuba perhatikan imej berikut, kelihatan logo Tahun Melawat Malingsia 2007 meniru logo Tahun Melawat Malaysia 2007 sama ada reka bentuk, jenis tulisan, dan penggunaan warna. Adakah ia perbuatan "maling"? Sekiranya Malaysia dituduh sebagai "Malingsia", adakah wajar rakyat Indonesia pula dituduh sebagai "Malingindon" ataupun "Madon". Hemm. Apa sudah jadi sekarang? Jika rencana Malingsia tidak mahu dipadam, adakah Malingindon atau Madon patut dijadikan sebagai satu rencana. Keneutralannya mungkin dapat dibuktikan dengan begitu banyak. Antaranya, perbuatan pendatang asing dari Indonesia mencuri/mengambil kesemua peluang pekerjaan dan memonopolilah peluang pekerjaan pulak di Malaysia sehinggakan tiada peluang langsung rakyat pribumi atau penduduk Malaysia sendiri mencelah. Tak sepatutnya. Lagi, mereka juga mengambil melodi lagu asal pencipta Malaysia lalu dirancakkan melodinya dan dijadikan sebagai lagu hit artis Indonesia. Satu habuk royalti pun tak dapat bagi pencipta sebenar. Pelakon Indonesia telah menyebabkan kesemua penonton setia TV di Malaysia menonton drama bersiri yang tak berkesudahan buatan Indonesia itu dengan mencuri/mengambil masa penonton semata-mata hanya untuk menonton. Bukannya kadang-kadang tetapi setiap harilah pulak. Banyak betul yang boleh dikaitkan dengan istilah terbaru ini iaitu "Madon". Jadi, jangan selalu mencari kesalahan orang lain sedangkan sendiri pun tak betul. Adakah anda mengerti segala percakapan/pernyataan saya ini? Maaf jika saya ada mengguriskan hati, menyakitkan hati, menimbulkan perasaan marah dan tak senang duduk bagi pihak yang membaca pernyataan ini. Sekian... — Didie (bincang) 04:40, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Ha... kan dah ada ibarat ni: paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih!Aviator, 12:37, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]
Sabar Didie, saya sendiri teramatlah sakit hati, tak tahu macammana nak cakap. Inilah yang dikatakan "Melepaskan anjing tersepit!". Saya tahu tak semua orang Indonesia memanggil kita "Malingsia" tetapi bak kata orang "Sebab Nila setitik rosak susu sebelanga". Disebabkan beberapa kerat, sekarang saya marah sungguh dengan semua orang Indonesia! - Jay 09:45, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Malingindon? hahahaha.. sejak kapan orang Malaysia guna istilah itu..

Lagi, mereka juga mengambil melodi lagu asal pencipta Malaysia lalu dirancakkan melodinya dan dijadikan sebagai lagu hit artis Indonesia. - Didie

ko punya bukti ke?

justru Malaysia yang melakukannya.. ada daftarnya jika ku tak salah..

soal logo, malaysia juga sudah memanipulasi foto visit indonesia 2008 menjadi indon ;)

no offence, saya mat maaf jika mengguriskan hati Mimihitamid 10:24, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya petikan ini iaitu

Lagi, mereka juga mengambil melodi lagu asal pencipta Malaysia lalu dirancakkan melodinya dan dijadikan sebagai lagu hit artis Indonesia. - Didie

diambil daripada kata-kata penyanyi rock Malaysia iaitu Hattan dalam rancangan Fail Sulit AF yang disiarkan Astro Ria baru-baru ini. Memang saya fikir, rupa-rupanya logik jugak. Lagu hit artis Indonesia yang dimaksudkan ialah lagu yang sekarang menjadi trend kegilaan anak muda Malaysia masa kini dan sering dinyanyikan walau di mana saja berada di Malaysia. Sungguhpun kedengaran suara sumbang nyanyian artis Indonesia tersebut dalam lagu itu. "Madon" atau "Malingindon" sememangnya belum digunakan sebagai istilah baru lagi untuk diperkatakan. Ia mungkin kemungkinan besar bakal diperkatakan nanti. Ini kerana warga Indonesia juga pernah mewujudkan istilah "Malingsia" yang sememangnya tidak terdapat dalam kamus. Akan tetapi, dijadikan sebagai satu istilah untuk kepuasan sendiri. Mengenai logo pulak, adakah Indonesia sedang menjalankan aktiviti "Visit Indonesia 2008"? Entahlah... — Didie (bincang) 10:53, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]


Kan saya udah bilang (1,2,3,4,5,6,7,8,9....), rencana racun itu pasti akan buat ribuuut (taufan, puting beliung, tsunami dsb) di sini. Tapi korang nak simpan gak. Meh kite tengok 2-3 hari lagi. Jangan sampai ada yang bergaduh kat luar dah le... (tapi tak mustahil boleh berlaku). cheguman 11:15, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Penggunaan istilah Malingsia daripada orang Indonesia pada berita.

Mengapa imej berkenaan harus dikekalkan? Apa??? Istilah "Malingsia" digunakan pada berita. Adakah patut laman web pada gambar itu boleh dianggap sebagai laman yang mempunyai kandungan berita. Bukankah ia merupakan laman paparan kiriman pengalaman pembaca KCM(Kompas Cyber Media Community) masing-masing. Jadi, istilah Malingsia tidak terdapat pada laman berita sebaliknya laman memaparkan pengalaman pembaca KCM. Satu lagi, cuba fahami ayat ini → "CITIZEN JOURNALISM : SIAPA SAJA, MENULIS APA SAJA!" dan istilah Malingsia ditulis di bawahnya. Ini bermakna ia bukanlah satu rujukan daripada sumber ilmiah yang ditulis oleh wartawan yang berdaftar sebaliknya laman yang bebas ditulis siapa-siapa saja. Hemmm. Jika ingin mengetahui isi kandungan laman web imej berkenaan, lihat → http://www.kompascommunity.com/index.php?fuseaction=home.detail&id=49047&section=92#. Adakah terdapat kesilapan teknikal oleh pengguna ketika menerangkan isi kandungan gambar berkenaan ataupun sengaja disembunyikan. Perbuatan negatif iaitu membohongi maklumat yang diberi pada laman ilmiah dapat menjejaskan kepercayaan pengguna kepada si pengguna yang melakukan perbuatan negatif itu. — Didie (bincang) 11:29, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Bila pengundian nak tamat? izzudin 12:24, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saya rasa isu ini masih berpanjangan. Mungkin tempoh yang diperlukan untuk pengundian ini ialah selama 1 bulan iaitu dari 16:14, 6 Februari 2008 (UTC) dan tamat selewat-lewatnya sebelum cuti sekolah di Malaysia tamat sekitar 8-16 Mac 2008. Tarikh yang khusus tidak dapat diberikan untuk memberi peluang kepada kesemua komuniti Wikipedia bahasa Melayu keluar memberikan pendapat. Lebih-lebih lagi, ketika cuti sekolah yang mana kebanyakan pengguna mengambil cuti panjang. Sekian...— Didie (bincang) 12:42, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

wah, kok cakap madon takde bukti bukti, sila lihat http://nevervisitmalaysia.multiply.com/ cari bagian daftar lagu yang dicuri ;) Mimihitamid 12:35, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]
Tak payah lama2 sangat. Maksimum dua minggu, sama mcm pengundian lain. ...Aurora... 15:48, 12 Februari 2008 (UTC)[balas]

Kepada Administrator (Rakyat Malaysia) dan RAKYAT INDONESIA yang mengundi[sunting sumber]

KENAPA RAKYAT INDONESIA DITERIMA MENGUNDI DISINI TERUTAMA KITA SEDANG MENGUNDI SESUATU YANG DIMULAKAN OLEH RAKYAT INDONESIA UNTUK MEGHINA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA????? HATI SAYA BETUL-BETUL PANAS SEKARANG! MEMANGLAH UNDIAN UNTUK TIDAK DIPADAM AKAN MELONJAK JIKA RAKYAT INDON YANG MENGHINA KITA MEMANGGIL RAKAN-RAKAN INDON DIA KESINI!! SEKURANG-KURANGNYA ADA 3 ORANG DARI NEGARA YANG TAK BERHUTANG BUDI ITU MENGUNDI! HEY INDON, ADAKAH ANDA NAMPAK APA RENCANA TU DAH BUAT KEPADA SAYA? RENCANA ITU DAH BUAT SAYA BENCI SEMUA RAKYAT INDONESIA DAN JANGAN BUAT RAMAI LAGI RAKYAT MALAYSIA BENCI KAMU SEMUA. FAHAM?! SAYA TAK PERNAH TERFIKIR UNTUK MEMBENCI ORANG INDONESIA TETAPI SEKARANG SAYA MEMANG DAH MELUAT! KALAU KAMU SEMUA TAK SUKA ORANG MALAYSIA, BERAMBUS KELUAR DARI NEGARA KAMI! GET OUT! KAMI TAK MAMPUS KALAU TAK NYANYI LAGU RASA SAYANG TETAPI RAMAI DARI ORANG KAMU YANG TAK DAPAT MAKAN KALAU KAMI BETUL-BETUL HALAU KAMU! KALAU KAMU SANGKA KATA-KATA SAYA INI BIADAP, KAMU LAGI BIADAP. SEKURANG-KURANGNYA, SAYA TIDAK BERCAKAP PERKARA TIDAK BENAR! - Jay 16:55, 9 Februari 2008 (UTC)[balas]

Sila berhati-hati ketika bercakap. Guna semua huruf besar sudah cukup tak sopan, apatah lagi menunjukkan perasaan benci terhadap sekumpulan orang? Sini Wikipedia Bahasa Melayu, bukan Wikipedia Malaysia, jadi sesiapa dari negara mana-mana saja layak mengundi, dan sini tiada peraturan yg melarang pengguna Indonesia menyunting di sini. Penyelia lain sila ambil perhatian dan jangan bersikap berat sebelah. --אדםוןד ואודס 02:07, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]
Saya memandang rakyat Malaysia sebagai keluarga saya, dan jika keluarga saya dipanggil pencuri sial, ianya dianggap kurang ajar. Kenapa perlu saya menghormati orang yang memanggil? Its oklah, Edmund, saya tahu anda tak kisah dipanggil "pencuri sial", tetapi saya dan keluarga saya dan ramai lagi rakyat Malaysia kisah! - Jay 05:54, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

AKU NAK LAMAN WEB YANG MEMPUNYAI CIRI2 JAHILIAH DAN KEKURANGAN ILMU DAN SIFAT KEJIRANAN ITU DIPADAMKAN DAN DIHAPUSKAN SECEPAT MUNGKIN KERANA SELAIN SEPERTI MELUDAH KE LANGIT, LAMAN WEB ITU TELAH MENYEBABKAN SEKELOMPOK ORANG YANG MEMBINANYA SEAKAN2 SEPERTI TIDAK BERSYUKUR AKAN *KEBAIKAN* MALAYSIA MEMBERI REZEKI KEPADA RAKYAT INDONESIA YANG BEGITU RAMAI DI SINI(MALAYSIA), DAN SUATU KETIKA DULU, KEBAIKAN MALAYSIA JUGA TELAH MENGHANTAR RAKYAT INDONESIA DI TANAH AIR MERDEKA INI SECARA *PERCUMA* TANPA BAYARAN, ADAKAH KAMU SEMUA LUPA WAHAI RAKYAT INDONESIA?
PERNAHKAH KAMU UCAP TERIMA KASIH SECARA BESAR-BESARAN KEPADA MALAYSIA SETELAH NEGARA KAMI(MALAYSIA) SECARA BESAR-BESARAN MENGELUARKAN BAJET UNTUK MENGHANTAR KAMU PULANG? DAN DUIT ITU ADALAH DUIT RAKYAT MALAYSIA YANG PEMURAH.....TIDAKKAH KAMU BERASA BERSALAH? DAN TERHUTANG BUDI? BUKAN KAH BANGSA MELAYU MEMPUNYAI NILAI2 BUDI BAHASA YANG LUHUR?
KENAPA TINDAKAN RELA
MENJADI KAYU UKUR UNTUK MELABEL MALAYSIA SEBAGAI ZALIM? TIDAK PERIKEMANUSIAAN? SEDANGKAN KAMU SEMUA SUDAH MELANGGAR UNDANG2 NEGARA INI(MALAYSIA), MASUK SECARA HARAM, DAN YANG HARAM ITU ADALAH BERDOSA? JIKA UNDANG2 DUNIA TIDAK DAPAT DIIKUT, BAGAIMANA HENDAK MENGIKUT UNDANG2 AKHIRAT? BUKANKAH SEBILANGAN BESAR RAKYAT INDONESIA MERUPAKAN ISLAM, ADAKAH INI AJARAN ISLAM? MENGHINA DAN
MENCACI UMMAT DAN SAUDARANYA SENDIRI? RENUNGILAH
WAHAI SAUDARA DI
SEBERANG

Tolong jangan guna semua huruf besar, tak sopan. Terima kasih. --אדםוןד ואודס 02:13, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Fajar ab 04:46, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Sungguhpun isu "Malingsia" melibatkan warga Indonesia atau "Madon". Tidak semestinya hak mengundi atau memberi pendapat mereka disekat/terhalang/terbantut dan sebagai pengguna, saya berharap tak perlulah marah sehingga maki-hamun. Itu bukannya membincangkan/berdebat mengenai isu "Malingsia". Akan tetapi, sudah mengenai kes ketenteraman sesama pengguna pulak. Perbincangan haruslah dikemukakan dengan fakta dan bukti yang boleh dijadikan sebagai sandaran rujukan perbincangan sesuatu isu. Satu lagi, matlamat Wikipedia bahasa Melayu ialah memperkembangkan wiki ke peringat antarabangsa. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia. Bahasa Melayu dialek Malaysia lebih sering digunakan dalam rencana kerana bahasa Melayu berpusat di Malaysia. Seperti Wikipedia bahasa Indonesia, bahasa Indonesia dialek Indonesia digunakan dalam Wikipedia bahasa Indonesia meskipun menetap di Belanda, Jerman, dan sebagainya dan tidak menggunakan bahasa Indonesia dialek Belanda atau Jerman kerana Indonesia merupakan pusat bahasa Indonesia. Jangan beranggapan Malaysia mempunyai satu kaum sahaja sebaliknya terdapat pelbagai kaum menetap di dalamnya. — Didie (bincang) 05:53, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

hihi, saya baru tau ke, orang Indonesia dilarang dan disekat mengundi ;) Bahasa Melayu adalah bahasa yang tak hanya digunakan Malaysia saja, jadi, tak perlu arogan melarang2 saye ;) kecuali jika ini bahasa Malaysia, saye tak akan kesini ke.. kamu bilang tak tahu terima kasih? justru anda sendiri kok ;D ingat zaman Orde Baru, ramai rakyat Malaysia datang kesini belajar, dan sekarang pun masih

anyway, saya nak minta maaf jika bawa sedikit kontroversi kesini, but sila tenang, jangan panas, jika panas di fight club ato topix saje ;) Mimihitamid 12:35, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Apa salahnya menggunakan huruf besar? bukan nak menunjukkan perasaan marah, tapi untuk menunjukkan tanda ketegasan......takkan tu nak jadi isu?Deenasour 18:01, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Brulah saya sedar tentang bersyukur jadi rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Jadi kepada orang Indonesia:

ADAKAH ANDA TIDAK SEDAR KITA RAKYAT MALAYSIA AMAT MEMENTINGKAN KEHARMONIAN HIDUP DI SINI WALAUPUN ADA BERBAGAI KAUM?? MALAYSIA JUGA PERNAH MENGHANTAR BANTUAN BENCANA GEMPA BUMI KE ACEH, SEDARKAH ANDA TENTANG BANTUAN KECEMASAN YANG MALAYSIA BERIKAN SECARA IKHLAS KEPADA ANDA WAHAI INDONESIA SEMASA ANDA DALAM KESUSAHAN SEMASA GEMPA BUMI 26 DISEMBER 2004?? ADAKAH ANDA WAHAI INDONESIA PERNAH MERASA TERIMA KASIH ATAS TOLERANSI KERAJAAN MALAYSIA YANG MEMBERIKAN BANYAK PELUANG PERKERJAAN DAN HIDUP YANG AMAN DI SINI (MALAYSIA)?? WAHAI INDONESIA, JANGAN SESEKALI NAK TUNJUKKAN RASA TAK PUAS HATI YANG MERUAP-RUAP HANYA ATAS SEBAB YANG REMEH-TEMEH SEPERTI MENCURI BUDAYA, LAGU DLL, KEMUDIAN ATAS SEBAB TERSEBUT MEMANGGIL KITA MALING!! ANDALAH WAHAI INDONESIA YANG PATUT DIGELAR DENGAN NAMA BURUK SEDEMIKIAN ATAS KETIDAKSYUKURAN DAN KETIDAKTERIMAKASIH ANDA. KALAU ANDA WAHAI INDONESIA TAK SUKA SANGAT MALAYSIA, JANGAN JEJAK WALAU SEINCI PUN KE SINI (MALAYSIA)!! JADI SEDARLAH SESEDAR-SEDARNYA BAHAWA MALAYSIA SENTIASA BERHUBUNGAN BAIK DENGAN ANDA WAHAI INDONESIA!! — Imran Al-Sahih 21:35, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Hey, tolong jgn guna semua huruf besar! --אדםוןד ואודס 09:03, 17 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tiada dalam id[sunting sumber]

Ironinya, di WikipediaId sendiri rencana Malingsia dipadam oleh pentadbir. Siapa yang pilih bulu? Ini adalah untuk kepentingan orang ramai dan mengelak pecah belah. Memang ini ensiklopedia bebas, tapi kalau kau berhak tulis, aku pun berhak padam.—Aviator, 05:53, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

Itu cuma pendapat para pengguna di idwiki saja, kita tak perlu ikut mereka. --אדםוןד ואודס 09:59, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan Aviator. Saya dah periksa sekali lagi dalam id ternyata artikal ini sudah tiada. Saya percaya mejoriti rakyat Indonesia peka dengan tetangga mereka. Sudah tentu mereka sedar bahawa artikal tersebut menampakkan kerendahan akal budi mereka sendiri. Itulah sebabnya artikal begitu ditolak terus oleh mereka. Saya fikir tindakan kita membuat pengundian dan berbahas ini hanya membuang masa. Saya mengaku, sejak isu ini timbul, saya menghabiskan banyak masa di sini dan menangguhkan beberapa artikal lain. Apapun, saya gembira kerana para pengguna wiki ms mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan sama-sama mempertahankan negara tanpa mengira kaum. Syabas. Saya cadangkan penyelia yang diberi mandat, jalankan tugas anda. Buangkan sahaja artikal ini. cheguman 10:33, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]
Bukan setakat itu saja, cuba gunakan fungsi gelintar di sana, cari "malingsia", keputusannya kosong.—Aviator, 06:53, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Walaupun demikian, kata sepakat sesama pengguna juga harus diambil kira. Sebarang tindakan penghapusan/pengekalan ke atas rencana "Malingsia" akan dilakukan selepas cuti sekolah di Malaysia tiba(pertengahan Mac). Sekian. — Didie (bincang) 10:59, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]

tapi, seronok gak. Ala.. sempena cuti ni, tak de kemana-mana, lepak kat kedai kopi la. (tak siap lagi le asignment aku...) cheguman 11:08, 10 Februari 2008 (UTC)[balas]
alah, apa salahnya isu Malingsia dikekalkan, ini akan menampakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan orang Malaysia, orang Malaysia akan sedaya upaya mencari kelebihan negara sendiri bagi memantahkan semua tohmahan Malingsia...tidakkah itu baik? tapi tak dapat disangkal, ada juga keburukannya,,nguahDeenasour 17:58, 16 Februari 2008 (UTC)[balas]

Antara WikipediaMs dan Malaysia[sunting sumber]

Saya jemu melihat orang selalu mengaitkan WikipediaMs dengan negara Malaysia. Tapi tak bermakna bahawa saya tak suka rencana "Malingsia" kerana sayangkan Malaysia. Dari dalam, orang Malaysia pasti marah atas tuduhan yang kebudak-budakan ini. Dari luar pula, rencana ini mendorong pecah belah sesama manusia. Oleh itu, tak kira menyebelahi Malaysia atau tidak, rencana ini tetap tak patut ada. WikipediaId sendiri memadam rencana ini! Tapi kenapa kita tak mahu? Mereka sudah berusaha mengelak persengkataan, tapi kenapa kita mengekalkannya?!

WikipediaMs selalu menjadi sasaran serangan vandalisme pembenci Malaysia dari Indonesia. Ingatkah peristiwa dulu, WikipediaMs diserang habis-habisan? Sehingga Laman Utama pun musnah. Terdapat gambar bendera Malaysia dibakar. Perkataan MALING penuh sana-sini. Pernahkah kami merosakkan wiki mereka sebegitu rupa? Di mana keadilan, sebenarnya? Kenapa bila WikipediaMs dirosakkan sebegitu rupa, kita kata "vandalisme", tapi bila terdapat rencana "Malingsia" yang memendam api dalam sekam, kita kata "ensiklopedia bebas"? Kalau begitu, adalah lebih wajar vandalisme tempoh hari dikekalkan saja. Sedarlah semua.

Kami bersungguh-sungguh tidak mahu berat sebelah/pilih bulu/tutup sebelah mata/pilih kasih ke arah Malaysia, tapi bila mereka menjadikan WikipediaMs medan peperangan dengan Malaysia, siapa tak panas hati? Bila kami mahu memadam rencana "Malingsia", mereka tuduh pula kami berat sebelah. Dasar bangsat!—Aviator, 06:40, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Saudara Imran Al-Sahih, kalau orang tulis nama anda sebagai 'pencuri' pada tembok di depan rumah anda, kemudian anda rasa tak suka dengan tulisan itu, kemudian anda minta supaya tulisan itu dipadam, kemudian beberapa orang kampung anda sendiri kata biarkan saja tulisan itu, apa perasaan anda? Anda bagi saya alamat rumah anda. Saya nak ke sana dan tulis sesuatu yang buruk tentang anda pada mana-mana tembok di kampung anda... boleh? Mungkin anda seorang yang tak kesah, tapi masalah di sini bukan melibatkan anda seorang. Lebih penting dari itu, kita tidak mahu kesan buruk akibat artikal itu. Saya sangat-sangat hairan apabila kita tidak boleh ambil tindakan terhadap vandalism. Saudara/i yg mahu mengekalkan artikal ini, adakah ingin melihat wikipedia MS menjadi tembok tempat budak nakal menyonteng? cheguman 10:58, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Maaflah banyak2 ye Mr Cheguman kerana undi saya lampau yang mengundi mahu kekalkan rencana serta lambat replykan pesanan anda. Saya setuju dengan cadangan saudara Cheguman. Sebenarnya saya sudahpun tukar undi saya dari kekalkan ke hapuskan. Memang tak dapat dinafikan bahawa rencana Malingsia memang merupakan masalah besar kepada, bukan sahaja Wiki ms, tetapi jika seluruh rakyat Malaysia tahu gelaran buruk ini, akan membawa pergaduhan besar antara Malaysia dan Indonesia. Jadi skang saya sedar akan tindakan tak pintar saya yang lampau yang mahu kekalkan rencana Malingsia. Saya sudahpun tukar undi saya ke hapuskan. Wiki ms patut hapuskan rencana ini ianya akan menyemarakkan lagi perasaan benci antara Malaysia dan Indonesia. — Imran Al-Sahih 16:01, 18 Februari 2008 (UTC)[balas]

Rencana Malingsia[sunting sumber]

Rencana Malingsia sebenarnya bermaksud membentangkan fakta bagaimana ianya timbul dan pergolakkan yang mendorong kepada penggunaannya. Menghapuskan rencana ini tidak akan menyebabkan ia nya berhenti digunakan, sebaliknya akan meneruskan kekeliruan kepada mereka yang baru datang mengenai bagaimana ia muncul. Penggunaannya tidak menyeluruh di seluruh Indonesia hanya segelintir sahaja. Ini boleh dilihat di mana akhbar gergasi tidak menggunakan istilah ini, contoh BBC Indonesia hanya menggunakannya sebagai nama fail yang tidak bertujuan untuk dilihat oleh pembaca. Saya rasa ia penting dikekalkan agar:-

  1. Pembaca tahu bagaimana istilah ini timbul.
  2. Pembaca mengetahui hubungan sebenar Malaysia - Indonesia yang selalunya digambarkan dalam media masa Malaysia sebagai sentiasa baik.
  3. Para pembaca dapat menilai dan memutuskan dengan sendiri samaada ianya adil atau tidak.
  4. Pembaca dapat mengetahui media mana yang menggunakannya. (Saya perlu menyenaraikan media yang menggunakan istilah ini dalam laporannya.)
  5. Pembaca dapat memahami emosi dan semangat yang berkobar-kobar yang timbul akibat pergeselan ini.
  6. Rencana ini perlu mengekalkan dari sudut fakta dan bukan emosi agar apabila pembaca membaca mengenai berita lain, pembaca dapat membezakan emosi dan fakta. Yosri 11:28, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

...dan pada masa yang sama, mereka boleh meluaskan pengaruh propaganda ini. id menghapuskannya, dan ms pula meneruskannya. Bijak, bijak.—Aviator, 12:24, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

bijak? Oh begitu, tapi bolehkah kita mengamalkan sikap menerima pandangan orang luar mengenai kita berbanding orang dalam semata-mata? — Imran Al-Sahih 12:29, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]
Orang luar senyap. Orang dalam bising.—Aviator, 12:33, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

Lihat pada polisi[sunting sumber]

Saya setuju dengan pendapat Yosri..Lihat kembali pada polisi wikipedia bahasa melayu..Che 10:46, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]

Sudah, padamkan saje[sunting sumber]

Sudah, padamkan saje, daripada menjadi kontroversi, sila lihat Kategori:Pengguna disekat kerana nama buruk, sudah separah apa perang ini Mimihitamid 12:37, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

pindah dari laman pengundian[sunting sumber]

Sekiranya (setakat ini) semua orang bantah penghapusan Indon, mengapa semua orang tidak bisa ambil sikap yang sama dan adil terhadap artikel ini? Salam. Pancaragam 00:16, 11 Februari 2008 (UTC)

Ini kerana perkataan Indon tidak mempunyai maksud menghina, tetapi kemudiannya telah dianggap sebagai perkataan yang merendah-rendahkan. Perkataan Malingsia pula sememangnya dari awal dicipta bagi menghina. Oleh itu perasaan marah meruap-ruap. Yosri 01:44, 11 Februari 2008 (UTC)

Maaf tapi screenshot itu bukan berita resmi dari kompas. Lebih mirip blog dengan pandangan pribadi (baca judulnya: Citizenship Journalism). Dihost juga di bawah kompascommunity, bukan kompas.com 202.152.195.6 18:26, 11 Februari 2008 (UTC)

tolong perkenalkan diri...Che 10:44, 22 Februari 2008 (UTC)[balas]