Perbincangan kategori:Kumpulan muzik Malaysia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ini pendapat saya semata-mata bagi renungan semua.

Tidak rasa janggalkah jika tajuk artikel bagi kumpulan ini dimulakan dengan perkataan kumpulan? Apa kata perkataan ini digugurkan agar lebih senang dicapai pengguna Wikipedia BM?

Oleh kerana Wikipedia merupakan ensiklopedia umum, bukannya ensiklopedia Muzik, perkataan Kumpulan dikekalkan bagi tujuan pengelasan. Sebagai contoh, kumpulan Amuk (kumpulan pemuzik) tentunya berbeza dengan amuk (satu perbuatan/kelakuan). Dengan meletakkan kata kumpulan dihadapan nama, ini mengelaskan kumpulan Amuk sebagai golongan pemuzik. Sama juga seperti kumpulan Fantasia, atau Candy. Selain itu, untuk tujuan penyeragaman, kesemua kumpulan pemuzik bermula dengan kata kumpulan bagi memudahkan pencarian. Bagaimanapun, untuk nama kumpulan yang unik, lencongan boleh dilakukan bagi memudahkan pengguna. Lihat Uji Rashid. Yosri 10:14, 4 April 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih atas penjelasan saudara.

Sekarang saya hendak mengulas bahawa kategori ini terlalu tertumpu kepada kumpulan rock sedangkan (menurut pemahaman saya) kategori bertajuk "Kumpulan Muzik Malaysia" boleh ditafsirkan untuk merangkumi kumpulan-kumpulan muzik yang tidak mengira jenis muzik yang dimainkan, termasuk pop, hip-hop dan lain-lain.

Sila beri perhatian juga kepada perbincangan baru bagi Kategori:Ahli muzik Malaysia. Di sana terdapat satu idea untuk mengembangkan daftar senarai ahli muzik negara dengan lebih kemas lagi.

Terima kasih.

Sebenarnya saya hanya mengulas mengenai kumpulan yang datanya ada pada saya. Bukanlah maksud saya mengenepikan kumpulan muzik lain, tetapi ketiadaan data tidak membenarkan saya mengulas dengan lebih lanjut. Bagaimanapun tiada kekangan bagi penambahan sebarang kumpulan muzik yang anda minat. Sila mendaftar dan mula menyumbang dengan segera. Penyertaan anda amat saya alu-alukan. (Sila lihat polisi dan garis panduan Wikipedia sebelum mendaftar.) Yosri 11:39, 4 April 2006 (UTC)[balas]