Perbincangan pengguna:Edmundwoods/Mei 2007

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Re: Duta[sunting sumber]

Hai Edmundkh, jika memang begitu halnya maka saya rasa wiki :ms perlu mengangkat lagi seorang duta yang memang paling fokus ke :ms. Saya hanya sekali-kali berkunjung ke :ms dan bahkan di :id pun sekarang telah berkurang keaktifannya kerana agak sibuk dengan hal-hal di real life. Btw Anda dari Poi Lam ya? Saya juga pernah bersekolah selama setahun di sana :D Hayabusa future 02:38, 27 Mei 2007 (UTC)[balas]

Saya di Poi Lam pada tahun 1999, kelas 1J6. Masa itu sedang ada boom pelajar dari Indonesia. Memang sudah agak lama... Hayabusa future 10:12, 28 Mei 2007 (UTC)[balas]
Ketika itu kerusuhan Mei 1998 masih belum lama terjadi dan banyak orang Indonesia yang pindah bersekolah ke luar negeri, salah satunya ke Poi Lam. Kerana hanya setahun di sana, saya tidak begitu tahu mengenai keadaan di Poi Lam setelah tahun 1999. Saya rasa sebagian balik kampung kerana sudah lulus atau pindah ke KL atau Singapura untuk melanjutkan pendidikannya. Saya tidak kenal dengan Amos Kumardi, mungkin dia tahun yang berbeza. Hayabusa future 04:56, 2 Jun 2007 (UTC)[balas]

Rencana yang belum siap diterjemah[sunting sumber]

Hai Edmunkh. Anda diminta untuk tidak menyimpan rencana yang kandungannya lebih 50% berbahasa asing kerana perkara tersebut akan menambahkan lagi lambakan rencana yang tidak siap diterjemah yang sangat banyak di wiki ini. Hal ini juga akan menyebabkan kualiti piawaian wiki akan jatuh lebih teruk lagi. Tambahan pula, kemungkinan tidak ramai pengguna lain yang mempunyai banyak kesempatan untuk menterjemahkan rencana orang dan menyulitkan juga pengguna yang baru menggunakan wiki untuk mencari maklumat. Ingat, tempat ini adalah untuk menyajikan maklumat berbahasa melayu untuk digunakan orang ramai, bukan meletakkan maklumat bahasa asing untuk 'dikerjakan' orang. Harap awak faham. Saya nasihatkan anda untuk lakukan di laman anda atau di luar talian seperti di Microsoft Word dan lain-lain. Ini juga dapat mengelakkan daripada anda lupa terus untuk menterjemah seperti pengguna-pengguna terdahulu yang telah disekat kerana masalah ini.

Lagipun, jika awak letakkan templat {{terjemahan}}, contohnya:





anda sendiri boleh baca, anda minta orang menterjemah seperenggan dua, bukan semuka dua atau semua. Harap anda bertimbang rasa dan bertolak ansur dalam polisi wikipedia Melayu ini. :) Polar 11:14, 27 Mei 2007 (UTC)[balas]

Tentang Templat:Usernameblocked[sunting sumber]

Saya memantau Wiki Bahasa Melayu secara hampir berterusan, apabila saya nampak template ini. Kebetulan, saya memerlukannya, lansung saya guna. Anda juga boleh membuat carian template dengan meletakkan template: di ruang cari sebelah kanan. Yosri 10:45, 30 Mei 2007 (UTC)[balas]

Sumbangan anda[sunting sumber]

Daripada anda mecipta laman alihan yang bukan dalam bahasa Melayu, lebih baik anda menyiapkan terjemahan rencana yang anda lambakkan di sini. ...Aurora... 09:58, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]

Assalammualaikum Edmunkkh. Saya rasa nama Natrah lebih tepat berbanding dengan Bertha. Sungguhpun wiki Inggeris menggunakan Bertha, tetapi di Malaysia / Singapura dia dikenali sebagai Natrah. Majalah Dewan Masyarakat juga menggunakan Natrah. Jika namanya Bertha, tidaklah terjadi rusuhan di Singapura 1950 dahulu. Lagipun nama Natrah cukup signifikan di kalangan masyarakat Melayu. Beberapa buah buku dan fail sulit juga menggunakan judul Natrah. Malekhanif 17:59, 4 Jun 2007 (UTC)[balas]